nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Jerman komited kukuh kerjasama pertahanan

20 FEB : Malaysia dan Jerman komited untuk memperkukuh hubungan, kerjasama dan diplomasi pertahanan termasuk dalam soal peluang latihan bersama dan program pendedahan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pembangunan industri pertahanan tempatan.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan perkara itu dizahirkan dalam pertemuan Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin dengan rakan sejawatnya, Boris Pistorius.

Khaled mengadakan lawatan rasmi ke Jerman dari 15 hingga 18 Februari lalu.

“Lawatan rasmi menteri pertahanan ke Jerman ini dilihat penting dalam memastikan kerjasama pertahanan antara Malaysia dan negara-negara rakan kerjasama pertahanan terus diperkukuh.

“Perkara itu selaras dengan Tonggak Ketiga Strategi Pertahanan Negara dan Perkongsian Wibawa yang termaktub dalam Kertas Putih Pertahanan,” katanya.

Semasa lawatan, Khaled dan delegasi menyertai Persidangan Keselamatan Munich (MSC) yang berlangsung dari 16 hingga 18 Februari lalu.

“MSC merupakan persidangan keselamatan tertinggi yang dianjurkan oleh Jerman sejak 1963 dan melibatkan penyertaan menteri pertahanan, ketua angkatan tentera, dan pemimpin kerajaan dari rantau Eropah dan seluruh dunia.

“MSC yang menyambut ulang tahun ke-60 tahun ini menjadi platform antarabangsa penting untuk pertukaran pandangan mengenai dasar keselamatan antarabangsa,” kata Kementerian Pertahanan, lapor Bernama.

Khaled sempat mengadakan bertemu Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen untuk membincangkan isu strategik serantau serta kerjasama dua hala.

Kementerian Pertahanan memaklumkan Malaysia dan Singapura komited untuk pertingkat peranan Asean dalam konteks pertahanan dan akan terus mendukungnya melalui Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean (ADMM).

“Semasa lawatan itu menteri pertahanan turut bertemu dengan Menteri Pertahanan Kanada, Bill Blair, bagi membincangkan pelbagai isu dan kedinamikan aspek pertahanan termasuk dalam diplomasi pertahanan, kesan perubahan iklim dan potensi masa depan hubungan Kanada dengan rantau Asean” katanya.

Selain persidangan dan pertemuan-pertemuan bilateral tersebut, Khaled dan delegasi melawat pejabat Brainlab AG dan bertemu dengan kumpulan syarikat Rheinmetall.

“Delegasi Malaysia telah diberikan taklimat dan penerangan mengenai teknologi dan inovasi terkini syarikat-syarikat berkenaan dalam bidang perubatan dan pertahanan.

“Menteri pertahanan dan wakil-wakil industri turut membincangkan usaha-usaha yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan kerjasama di antara industri Malaysia dan Jerman,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.