nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Selesaikan masalah parti, media sosial luar Parlimen

27 FEB : Semua ahli Dewan Rakyat diingatkan agar menyelesaikan sebarang pertikaian membabitkan parti politik atau media sosial di luar dewan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur kepada mana-mana ahli Dewan yang melanggar Peraturan Mesyuarat.

Perkara itu juga terpakai ketika dua timbalannya, Datuk Ramli Mohd Nor dan Alice Lau Kiong Yieng mempengerusikan mesyuarat.

“Saya juga sudah memaklumkan kepada timbalan saya untuk memastikan masalah Yang Berhormat (YB) yang berlaku di luar Dewan Rakyat, sama ada peperangan antara parti atau apa-apa juga melalui media sosial, selesaikanlah di luar.

“Janganlah mengheret kita semua dalam dewan ini. Mana-mana YB menggunakan platform ini untuk tujuan mengenakan kawan-kawan, saya dah pastikan kita akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi pemasyhuran sebelum memulakan Sesi Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Kata Johari, peringatan itu selaras Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, semalam.

Sultan Ibrahim dalam titah sulung bagi merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 menyentuh pelbagai isu termasuk teguran susulan kelakuan ahli Dewan ketika bersidang.

Dalam pada itu, Johari berharap semua ahli Dewan Rakyat dapat merealisasikan lima prinsip Rukun Negara yang dilafazkan ketika permulaan sesi persidangan hari ini.

“Kita baru sahaja sebentar tadi, berikrar untuk mencapai lima prinsip Rukun Negara. Saya berharap YB dapat berusaha mencapai prinsip berkenaan.

“YB hendaklah menunjukkan contoh baik kepada rakyat sepanjang berada dalam dewan ini kerana kita semua disaksikan rakyat melalui pelbagai platform, selain sentiasa mempamerkan kematangan semasa berucap atau berbahas, termasuk menjaga kesopanan dan kesusilaan seperti diikrarkan tadi,” katanya.

Selain itu, Johari turut mengingatkan beberapa peruntukan dalam Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang perlu sentiasa dipatuhi.

Ini termasuk Peraturan 36(8) yang membataskan perbincangan mengenai kelakukan atau sifat Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertua Negeri atau beberapa kategori jawatan lain.

Peraturan 36(7) yang memperuntukkan nama Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu atau Yang di-Pertua Negeri tidak boleh digunakan untuk mempengaruh majlis mesyuarat, serta Peraturan 36(10)(c) yang menetapkan kesalahan pada peraturan menggunakan perkataan yang menaikkan perasaan bersakit-sakit atau bermusuh-musuhan antara kaum dalam masyarakat di Malaysia atau melanggar mana-mana syarat dalam Perlembagaan Persekutuan atau Akta Hasutan 1948.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.