nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong sekarang hingga 29 Mac

5 MAC : Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2024, bermula semalam hingga 29 Mac.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan memaklumkan, biasiswa itu merupakan biasiswa berprestij tinggi bawah tajaan kerajaan bagi mengikuti pengajian pada peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), ekonomi, undang-undang, kewangan Islam serta kecerdasan buatan (AI) di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan atau universiti terkemuka dunia.

“Pemohon boleh melengkapkan borang permohonan secara dalam talian melalui portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my mulai 4 hingga 29 Mac 2024,” katanya, lapor Bernama.

Menurut kenyataan itu lagi, borang permohonan yang lengkap berserta dokumen sokongan berkaitan hendaklah dihantar dan diterima oleh pihak JPA sebelum atau pada 5 April depan, sama ada melalui serahan tangan atau pos.

Katanya, antara syarat permohonan BYDPA 2024 ialah warganegara Malaysia berumur tidak lebih 35 tahun pada 1 Januari lalu.

Syarat lain termasuk mempunyai keputusan akademik amat cemerlang, iaitu ijazah sarjana muda yang diiktiraf kerajaan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya bagi calon sarjana, manakala untuk calon PhD pula ijazah sarjana muda dan sarjana yang diiktiraf kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya.

Selain itu, pemohon juga telah mendapat tawaran tanpa syarat atau sudah memulakan pengajian secara sepenuh masa pada 2024 di IPT tempatan atau luar negara yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian masing-masing.

JPA turut memaklumkan, pengajian bagi peringkat sarjana adalah secara mod penyelidikan saja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan, disertasi atau tesis.

Pemohon juga perlu terbabit dalam penghasilan kerja-kerja kreatif serta inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya. Bagi calon sarjana, pembabitan secara aktif adalah satu kelebihan, manakala untuk calon PhD pula pembabitan adalah wajib.

Menurut JPA, keutamaan akan diberikan kepada calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum atau aktiviti kemasyarakatan.

“Permohonan yang memenuhi syarat dan melepasi saringan lanjut pihak JPA sahaja akan disenarai pendek untuk menghadiri temu duga.

“Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai penawaran ini, boleh layari portal https://bmipenajaan.jpa.gov.my atau hubungi talian 03-88853053/3879 pada setiap hari bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang atau e-mel kepada: penawaranldp@jpa.gov.my,” menurut kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.