nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelabur Australia tiada isu ringgit susut

7 MAC : Penyusutan nilai mata wang ringgit tidak menjadi isu kepada pelabur Australia malah mereka kekal berminat untuk melabur di Malaysia kerana yakin dengan asas ekonomi negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dalam semua perbincangan dengan pemimpin perniagaan dan eksekutif kanan syarikat Australia yang ditemui beliau ketika mengadakan lawatan rasmi ke negara itu, prestasi ringgit langsung tidak disentuh sebaliknya mereka lebih berminat untuk mengetahui perkara asas ekonomi lain seperti pasaran saham serta inflasi.

Menjawab soalan yang dilontar mengenai prestasi ringgit semasa pertemuan beliau bersama diaspora Malaysia di sini pada Rabu, Perdana Menteri berkata, penyusutan nilai ringgit dikatakan faktor membimbangkan namun ia tidak menjejaskan keyakinan pelabur.

“(Penyusutan nilai ringgit) membimbangkan tetapi tidak merunsingkan.

“Jika tidak, kita tidak menerima pelaburan RM24.5 bilion dari Australia… (isu) ringgit langsung tidak mengganggu,” katanya merujuk komitmen pelaburan syarikat Australia yang dinyatakan kepada beliau di Melbourne, lapor Bernama.

Beliau turut menambah, mata wang ringgit terikat dengan nilai kadar faedah di Amerika Syarikat malah Gabenor Bank Negara Malaysia juga yakin ia akan mengukuh apabila terdapat aliran pelaburan ke negara ini.

Anwar turut menegaskan bahawa pelaburan yang diluluskan di Malaysia pada tahun lepas ialah yang tertinggi dalam sejarah justeru itu, tidak munasabah pencapaian tersebut dilakar jika tiada keyakinan di pihak pelabur.

Beliau berkata terdapat juga tindakan sementara bagi mengukuhkan ringgit antaranya melalui perdagangan Malaysia dengan China, yang tertinggi dengan kira-kira 25 peratus dagangan adalah dalam mata wang tempatan.

“Jika kita boleh kembangkan lagi perdagangan dalam mata wang tempatan, ia akan membantu. Saya percaya dengan angka-angka pelaburan sebegini, ringgit akan menguat,” katanya.

Kepada soalan yang dikemukakan oleh seorang pelajar Malaysia di Australia, Perdana Menteri berkata kebenaran akan diberikan kepada penuntut tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam yang telah menamatkan pengajian untuk menimba pengalaman kerja di negara itu.

Anwar berkata kebenaran itu boleh diberikan kerana beliau yang mempengerusikan mesyuarat berkaitan.

“Kita izinkan kalau ada peluang dan kesempatan untuk menimba pengalaman di Australia,” katanya.

Beliau turut menggalakkan pelajar Malaysia di Australia berbincang dengan penaja masing-masing untuk mendapatkan kebenaran bagi tujuan itu.

Terdahulu, dalam ucapannya, Anwar berkata, Malaysia mesti berani melakukan perubahan dengan meninggalkan budaya lama untuk menjadikan negara dalam keadaan yang lebih baik pada masa hadapan.

Perdana menteri berkata perubahan itu bukan hanya perlu dilaksanakan oleh kerajaan dan jemaah menteri tetapi juga rakyat.

Beliau berkata, tumpuan ke arah perubahan antaranya ialah membetulkan tata kelola, tadbir urus, menghentikan rasuah dan penyelewangan selain melaksanakan dasar yang jelas bagi meletakkan Malaysia sebagai negara gagah serta hebat.

“Jika perlu (laksana) transisi tenaga…kita buat. Kalau perlu transformasi digital, perubahan dari segi teknologi pertanian (kita buat),” katanya.

Anwar juga berkata, dalam tempoh setahun tiga bulan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan, belum muncul satu kes pun menyaksikan menteri, perdana menteri atau menteri kewangan yang berkuasa cuba merompak kekayaan negara kerana ketegasan kerajaan dalam perkara berkenaan.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.