nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RUU Dana Politik: Had sumbangan kepada parti diteliti

7 MAC : Kerajaan sedang meneliti keperluan bagi melaraskan secara menyeluruh had skop bayaran sumbangan kepada mana-mana parti politik oleh individu atau syarikat dalam menggubal draf Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata draf itu masih di peringkat penelitian.

Jelasnya, kajian berkaitan sedang dijalankan Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, Dewan Rakyat (JPKP).

“…untuk mengambil kira pandangan daripada semua parti-parti politik yang berdaftar di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Abdul Ghani Ahmad (PN-Jerlun) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Abd Ghani membangkitkan status penggubalan Akta Pendanaan Politik selepas ia dirujuk kepada JPKP dan sasaran ia dibentangkan di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Kulasegaran berkata terdapat perbandingan pelbagai cadangan terhadap draf RUU yang dibincang semasa mesyuarat JPKP, 29 Februari lalu.

“Seperti mana yang diamalkan negara demokrasi matang seperti di Denmark, Jerman, Jepun, Korea dan Kanada.

“Bagi tujuan itu, penelitian secara terperinci akan dibuat sebelum laporan JPKP dimuktamadkan dan cadangan syor penambahbaikan dikemukakan kepada kerajaan,” katanya.

Tambahnya lagi, tindakan berterusan berkaitan pendanaan politik dilihat tepat pada masanya dan selaras dengan komitmen reformasi institusi kerajaan.

“Sebarang inisiatif ke arah penggubalan RUU Pendanaan Politik harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar ia mencapai objektif sebenar iaitu ketelusan dalam pendanaan parti-parti politik, yang secara tidak langsung dapat memantapkan integriti dan tata kelola yang baik,” katanya.

Menurut Kulasegaran lagi, sementara penelitian sedang berjalan, apa-apa pendanaan politik buat masa ini masih tertakluk kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram 2001 (Akta 613).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.