nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia terbaik dari segi pelaburan dalam kalangan negara membangun

14 MAC : Malaysia disenaraikan sebagai negara yang mempunyai keadaan pelaburan terbaik secara keseluruhan dalam kalangan negara membangun dan sedang pesat membangun (E&D) Asia dalam Indeks Peluang Global (GOI) 2024 oleh badan pemikir ekonomi Amerika Syarikat (AS), Milken Institute.

Di peringkat global, secara keseluruhan, Malaysia berada di kedudukan ke-27, mendahului Thailand (37) dan China (39).

Mengulas mengenai pencapaian itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ia adalah bukti kepada usaha Malaysia dalam mempertingkat kemudahan menjalankan perniagaan dan menangani kekangan utama yang dihadapi oleh pelabur.

“Kami amat gembira dengan pengiktirafan ini yang mencerminkan fokus kami kepada pelaksanaan pelaburan yang diluluskan secara cekap.
“Pengiktirafan ini akan mendorong kami ke arah memberikan perkhidmatan yang lebih baik untuk membantu pelabur menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk mereka ke Asia,” katanya, lapor Bernama.

Menurut laporan itu, E&D Asia mempunyai GOI ketiga terbesar antara negara-negara dalam kalangan rantau E&D.

Katanya, empat daripada 10 negara teratas dalam kedudukan E&D Asia mengatasi purata keseluruhan E&D dalam lima kategori GOI.

“Kategori tersebut ialah persepsi perniagaan, asas ekonomi, perkhidmatan kewangan, rangka kerja institusi serta piawaian dan dasar antarabangsa,” katanya.

Dalam pada itu, Milken Institute berkata Malaysia, negara yang mempunyai keadaan pelaburan terbaik di rantau ini menunjukkan prestasi yang ketara mengatasi purata E&D dalam perkhidmatan kewangan dan rangka kerja institusi.

“Prestasi luar biasa Malaysia dalam rangka kerja institusi sebahagiannya disebabkan hak pelabur yang kukuh, berada di kedudukan kelima secara keseluruhan dalam subkategori GOI ini.

“Selain Malaysia, China, ekonomi terbesar di rantau ini, mencatatkan skor yang ketara melebihi purata E&D dalam akses kewangan serta saiz dan keadaan kewangan, kedua-dua subkategori itu termasuk dalam perkhidmatan kewangan,” katanya.

Milken turut mendapati E&D Asia mencatatkan prestasi yang baik dalam perkhidmatan kewangan dengan purata skornya dalam kategori ini hampir dengan E&D Eropah dan mendahului rantau E&D lain.

“Rantau ini termasuk Malaysia yang mempunyai keadaan pelaburan terbaik (berdasarkan skor GOI tertinggi) dalam kalangan semua ekonomi E&D.

“Selain persepsi perniagaan dan perkhidmatan kewangannya yang kukuh, Malaysia berada di kedudukan yang agak tinggi dalam kategori rangka kerja institusi, sebahagiannya disebabkan hak pelabur yang kukuh di negara ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.