nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

NACCOL cadang naik harga lantai belian padi

15 MAC : Menaikkan harga lantai belian padi dan memberikan subsidi tambahan kepada pesawah antara cadangan yang akan dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 20 Mac ini.

Ketua Kluster Task Force Pemantauan Kluster Makanan NACCOL Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata kedua-dua cadangan itu, jika dilaksanakan, membolehkan rakyat membeli beras pada harga lebih rendah iaitu RM30 untuk 10 kilogram (kg) berbanding ketika ini RM40 untuk 10 kg.

“Harga lantai ketika ini RM1,300 per tan metrik tetapi pesawah dapat menjual dengan harga RM1,700 per tan metrik dan harga jual itu berpatutan dengan kos pertanian yang ditanggung pesawah.

“Kita cadangkan supaya harga lantai dinaikkan daripada RM1,300 kepada RM1,500 per tan metrik supaya bila berlakunya turun naik dalam pasaran dunia, pendapatan pesawah tidak terjejas.
“Secara tidak langsung dapat menggalakkan mereka untuk meneruskan industri penanaman padi sehingga mencapai tahap sara diri (SSL) dalam pengeluaran beras,” katanya kepada media selepas mengadakan sesi libat urus bersama wakil persatuan daripada pesawah, pengilang dan pemborong, di Cyberjaya, semalam, lapor Bernama.

Syed Abu Hussin Hafiz berkata subsidi tambahan kepada pesawah juga perlu dilaksanakan serentak dengan kenaikan harga lantai padi bagi memastikan setiap pihak yang terlibat iaitu pesawah, pengilang dan rakyat mendapat manfaatnya.

Beliau berkata pihaknya mencadangkan supaya pesawah diberikan subsidi tambahan bernilai RM200 bagi setiap tan metrik penjualan padi oleh kerajaan.

Cadangan itu menurutnya, dikemukakan bagi menampung kekurangan margin harga belian bagi setiap tan metrik oleh pengilang kepada pesawah.
Syed Abu Hussin Hafiz berkata hal ini kerana harga belian padi ideal bagi setiap tan metrik adalah kira-kira RM1,700.

“Pemberian subsidi RM200 penting bagi membolehkan pesawah menikmati keuntungan pada saat pengilang hanya mampu membeli harga padi pada harga RM1,500 per tan matrik bagi memastikan beras putih dapat dijual dengan harga RM30 untuk 10 kg.

“Pemberian subsidi tambahan hanya membabitkan kos RM360 juta berbanding pemberian subsidi bersasar kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang mencecah berbilion ringgit,” katanya.

Pada 23 Feb lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agar hasil libat urus daripada mesyuarat khas NACCOL (mengenai penetapan harga beras putih) dibentang dan dimuktamadkan pada mesyuarat seterusnya iaitu pada 20 Mac sebelum diangkat untuk pertimbangan Kabinet.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.