nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Subsidi bersasar: Kerajaan pertimbang pindah tunai bulanan

23 MAC : Kerajaan mempertimbang subsidi bersasar dengan model pindahan tunai bulanan kepada rakyat yang layak.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata kaedah itu tidak pernah ditawarkan kepada rakyat sebelum ini.

“Cadangan yang diangkat kepada kerajaan sekarang, sedang dibincangkan dan akan diputuskan ialah bantuan itu adalah dalam bentuk pindahan tunai secara bulanan.

“Sebelum ini kalau ada bantuan kita bagi tiga atau empat bulan sekali, melalui e-Wallet dan sebagainya.

“Melalui Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), kita mahu ada reformasi bantuan sosial rakyat untuk tempoh jangka masa yang panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Townhall Bersama Menteri Ekonomi Berkenaan PADU di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), hari ini.

Selain itu, katanya, kerajaan juga tidak boleh menunda tarikh pendaftaran PADU bagi mematuhi jadual piawaian yang ditetapkan.

Menurut Rafizi lagi, kerajaan terpaksa menanggung sekurang-kurangnya RM2 bilion sebulan sekiranya pelaksanaan subsidi bersasar ditangguhkan.

“Kos itu sangat tinggi dan itu pun jangkaan secara konservatif, sedangkan lebih baik sekiranya RM2 bilion itu disalurkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengumumkan dalam Belanjawan 2024 yang lepas bahawa tahun ini kita akan melakukan penstrukturan semula subsidi pukal dan ke arah subsidi bersasar.

“Kalau kita lanjutkan, itu bermakna kita akan terus menolak garis masa pelaksanaan itu ke belakang,” katanya.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata tumpuan kerajaan kini bukan sekadar menjaga harga barang semata-mata, sebaliknya menangani kos sara hidup menerusi usaha meningkatkan pendapatan bulanan isi keluarga.

“Untuk penjawat awam, kita tengah cuba muktamadkan kenaikan gaji, bagi swasta kita perkenalkan Dasar Gaji Progresif supaya naikkan gaji.

“Untuk keluarga yang patut dapat bantuan pula, walaupun gaji naik tetapi masih tidak mencukupi, apa kerajaan perlu buat.

“Sebab itu melalui model pindahan tunai bulanan, ia lebih kurang seperti tambahan gaji bulanan iaitu RM300 atau RM400 sebulan, bergantung kepada keadaan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.