nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pusat tambah peruntukan negeri kepada RM8.9 bilion

4 APR : Majlis Kewangan Negara bersetuju dengan keputusan kerajaan persekutuan menambah baik pemberian kepada kerajaan negeri berjumlah RM8.9 bilion tahun ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata peruntukan pemberian itu meningkat berbanding RM8.3 bilion pada tahun lepas dan RM8.1 bilion pada 2022.

Katanya, peningkatan pemberian itu termasuk peningkatan pemberian penyenggaraan jalan negeri kepada RM5.4 bilion berbanding RM5.2 bilion tahun lepas dan pemberian berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur serta kesejahteraan Hidup (TAHAP) sebanyak RM400 juta.

Selain itu, kenaikan pemberian Pindahan Fiskal Ekologi (EFT) kepada RM200 juta berbanding RM150 juta tahun lepas dan penambahan pemberian khas tahunan kepada Sarawak dan Sabah kepada RM300 juta berbanding RM16 juta untuk Sarawak serta RM129.7 juta untuk Sabah tahun lepas.

“Peningkatan pemberian kepada perpustakaan dan muzium negeri sebanyak 10% tahun ini,” kata kementerian itu.

Bagi perbelanjaan pembangunan, Kementerian Kewangan berkata RM39.4 bilion disediakan tahun ini untuk melaksanakan projek pembangunan negeri berbanding RM36.7 bilion pada tahun lepas dan RM28.8 bilion pada 2022.

“Kelulusan permohonan kerajaan negeri diberikan berhubung kesiapsiagaan menghadapi sebarang kecemasan atau bencana alam seperti musibah banjir dan tanah runtuh yang boleh menyebabkan kerosakan jalan serta jambatan,” katanya.

Dalam hal ini, katanya Majlis Kewangan Negara meluluskan pembelian jambatan sementara Bailey menggunakan peruntukan pemberian penyenggaraan jalan negeri secara ‘one-off’ bagi tahun ini dan kenaikan had untuk membiayai perbelanjaan pengurusan berkaitan penyenggaraan jalan negeri sebanyak 10 peratus atau RM10 juta, mana lebih rendah.

Katanya, kerajaan Madani bertekad memastikan hubungan antara kerajaan persekutuan dan negeri kekal utuh demi kebaikan rakyat, di mana hasrat itu dizahirkan melalui peningkatan pemberian kerajaan persekutuan serta peruntukan perbelanjaan pembangunan di semua negeri bagi 2023 dan 2024.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan persekutuan komited bekerjasama dengan semua kerajaan negeri dalam usaha memajukan pembangunan negara secara terangkum.

“Berlandaskan prinsip manusiawi dan ‘rahmatan lil alamin’ yang membentuk kerangka Ekonomi Madani, penambahbaikan pemberian kepada kerajaan negeri dapat memberi manfaat langsung kepada semua rakyat tanpa mengira etnik, agama atau geografi,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam kenyataan sama.

Beliau berkata peningkatan pemberian melibatkan semua negeri di Malaysia yang diberikan serentak.

“Walhasil, besarlah harapan saya agar pemberian ini dapat digunakan sepenuhnya oleh kerajaan negeri untuk menjamin kemaslahatan rakyat dan merancakkan pembangunan negeri dengan lebih mampan,” katanya, lapor Bernama.

Terdahulu, Anwar mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2024 yang dihadiri menteri besar dan ketua menteri.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.