nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gencatan senjata jika Israel undur dari Gaza sepenuhnya : Hamas

4 APR : Hamas berpegang kepada syarat utama gencatan senjata khususnya pengunduran sepenuhnya tentera zionis dari Gaza.

Ketua Hamas, Ismail Haniyeh berkata walaupun terdapat usaha baharu untuk mencapai perjanjian, usaha negara pengantara termasuk Amerika Syarikat, Mesir dan Qatar, tidak menunjukkan sebarang tanda kemajuan.

“Kami komited dengan tuntutan merangkumi gencatan senjata kekal, pengunduran menyeluruh dan lengkap musuh dari Semenanjung Gaza dan kepulangan semua orang yang kehilangan tempat tinggal ke rumah mereka.

“Ia termasuk membenarkan semua bantuan diperlukan untuk rakyat di Gaza, membina semua semenanjung, menarik sekatan serta mencapai perjanjian pertukaran banduan secara terhormat,” katanya ketika berucap sempena Hari Al-Quds, lapor Reuters.

Pertukaran yang dimaksudkan Ismail berkait pembebasan tahanan Palestin dari penjara Israel sebagai balasan kepada tebusan Israel yang diculik kumpulan pejuang itu di Gaza.

Israel dilaporkan hanya berminat dengan gencatan senjata sementara untuk membebaskan tebusan dan tiada jaminan mereka akan berhenti menyerang Gaza.

Sementata Hamas pula berkata mereka akan melepaskan tebusan berkenaan hanya sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk menamatkan perang secara kekal.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.