nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Cuasa panas: Buat aduan jika sekolah anjur aktiviti luar

16 APR : Ibu bapa digalak membuat aduan jika ada sekolah menganjurkan program atau aktiviti luar bilik darjah meskipun cuaca melebihi 35 darjah celsius, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata, aduan boleh dibuat di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memastikan pihaknya menyantuni dan mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara itu.

“Sekiranya ada aduan, saya mohon dipanjangkan kepada SISPAA, kita akan ambil tindakan tapi yang penting aduan itu perlu dibuat secara rasmi supaya kita boleh siasat sepenuhnya sama ada ia benar-benar berasas atau tidak.

“Bagaimanapun, belum ada aduan diterima pihak kami mengenai perkara itu setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kem Generasi Madani Pemimpin Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Peringkat Kebangsaan yang disertai 256 pelajar dari seluruh negara.

Fadhlina berkata, KPM juga sudah mengeluarkan garis panduan berkaitan cuaca panas yang perlu dipatuhi oleh semua pihak sepanjang masa.

“Saya tegaskan sekali lagi semua garis panduan itu perlu dipatuhi, pada masa sama kita rujuk juga Jabatan Meteorologi Malaysia dan Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa untuk kita dapatkan pedoman serta pandangan berkaitan isu cuaca panas ini,” katanya, lapor Bernama.

KPM sebelum ini menetapkan garis panduan berkaitan cuaca panas termasuk tiada sebarang aktiviti luar bilik darjah dilakukan apabila suhu mencecah 35 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah di seluruh negara mempunyai kuasa autonomi menangguhkan aktiviti luar bilik darjah, termasuk merentas desa serta sukan jika suhu melebihi 35 darjah celsius.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.