nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Seorang kanak-kanak terbunuh setiap 10 minit di Gaza

22 APR : Seorang kanak-kanak maut setiap 10 minit di Semenanjung Gaza, menurut Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA)

“Amat menyedihkan sejumlah kanak-kanak juga cedera di tengah-tengah serangan berterusan tanpa mengira sasaran,” katanya dalam hantaran di X, menurut Agensi Anadolu.

“Satu gencatan senjata segera adalah harapan terakhir yang tinggal,” kata UNRWA, lapor Bernama.

Pentadbiran Pertahanan Awam Palestin di Semenanjung Gaza berkata, pada lewat Sabtu bahawa jasad 50 warga Palestin yang dibunuh tentera Israel ditemukan daripada sebuah kubu besar di selatan Wilayah Khan Younis.

“Hari ini pasukan kami di Khan Younis menemukan 50 jasad mereka yang mati syahid daripada pelbagai lapisan umur yang dikumpulkan tentera Israel dan ditanam beramai-ramai di Hospital Nasser, lapor Anadolu yang memetik kenyataan yang dikeluarkan pihak pertahanan awam Palestin.

Kenyataan itu menekankan masih terdapat mayat dalam kubur besar dan di bawah runtuhan, sambil menambah pasukan pertahanan awam akan terus mencari dan mengeluarkan mayat berkenaan.

Tentera Israel mengumumkan pengundurannya dari Khan Younis pada 7 April selepas operasi selama empat bulan menyasarkan untuk menyelamatkan warga Israel yang ditawan kumpulan pejuang Palestin, Hamas tetapi ia meninggalkan bandar itu tanpa mencapai matlamatnya.

Operasi tentera Israel mengakibatkan kerosakan jalan raya, kediaman dan infrastruktur.

Tanpa mempedulikan perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Israel meneruskan serangannya ke atas Gaza dan mengakibatkan 34,049 warga Palestin maut kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta 76,901 lagi cedera sejak 7 Oktober lepas, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Serangan Israel itu telah mengakibatkan 85 peratus penduduk Gaza hilang tempat tinggal selain daripada menghadapi kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang akut sementara 60 peratus daripada infrastruktur kawasan itu sama ada rosak ataupun musnah.

Serangan masih berterusan dan penghantaran bantuan masih tidak mencukupi untuk menangani krisis kemanusiaan itu.

Pejabat Media Gaza berkata, sekurang-kurangnya 3,814 trak bantuan kemanusiaan telah memasuki Semenanjung Gaza sejak awal April, kurang daripada apa yang didakwa oleh pentadbiran Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu.

“Jumlah trak yang memasuki Gaza sejak awal April sehingga sekarang ialah 3,814, atau puratanya 200 trak sehari,” kata Ketua Pejabat Media itu Salama Marouf dalam satu kenyataan.

Marouf berkata, majoriti daripada trak berkenaan membawa “barangan bukan keperluan” dan merupakan “separuh daripada apa yang dikatakan pentadbiran AS”.

Setiausaha Negara AS (Antony Blinken) dan Pengarah Agensi AS untuk Pembangunan Antarabangsa (Samantha Power) mendakwa jumlah trak memasuki Gaza adalah 400 buah sehari dan itu tidak benar,” katanya.

Beliau berkata: ”Presiden Joe Biden juga mendakwa Gaza menerima 3,000 trak dalam dua minggu dan itu juga tidak benar.”

Beliau menyeru kumpulan hak asasi manusia dan antarabangsa untuk memberi tekanan kepada pentadbiran AS, Israel dan semua pihak berkaitan untuk membuka sempadan Rafah dan semua laluan masuk ke Gaza dan membenarkan 1,000 trak bantuan masuk sehari bagi menyelamatkan penduduk di Gaza.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.