nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keluarga Malaysia: SPRM panggil semula Ismail Sabri

3 MAC : Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dirakam percakapan berkait siasatan kes Keluarga Malaysia, Rabu ini.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada sidang media khas SPRM hari ini.

Namun Azam berkata ketetapan itu bergantung kepada tahap kesihatan bekas Perdana Menteri Kesembilan itu.

“SPRM akan mengambil rakaman percakapan semula atau pun tambahan daripada Datuk Seri Ismail Sabri bergantung kepada tahap kesihatan beliau dan dijangka rakaman percakapan ini akan dibuat Rabu minggu ini.

“Rakaman percakapan itu akan berkisar tentang pengisytiharan harta beliau dan siasatan kes ini.

“Kita masih ada tujuh atau lapan saksi untuk dipanggil dalam minggu ini dan mungkin berlanjutan pada minggu hadapan,” katanya.

Menurutnya lagi, kali ini Ismail Sabri akan dipanggil sebagai suspek bukan saksi.

Beliau mendedahkan hasil siasatan kes berkenaan yang membawa kepada serbuan ke atas beberapa premis, SPRM merampas wang tunai dianggar bernilai RM170 juta termasuk mata wang asing selain 16 kilogram jongkong emas.

“Secara ringkasnya, hasil serbuan di premis, kita telah menyita wang tunai yang dianggarkan setakat ini RM170 juta dengan beberapa mata wang asing serta jongkong emas seberat 16 kilogram bernilai RM7 juta.

“Barang-barang kemas juga telah dirampas tapi kami masih belum dapat nilaikannya. Harga jongkong emas ketika ini sekilo dianggarkan RM452,000 kalau tak silap saya.

“Penemuaan ini ditemui dalam tiga buah peti besi di sebuah kondominium yang disewa,” katanya.

Menurutnya wang tunai asing yang dirampas itu membabitkan mata wang beberapa negara termasuk Riyal, Pound Sterling (GBP), Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan.

Beliau berkata setakat ini SPRM sudah membeku 13 akaun bank bernilai kira-kira RM2 juta.

Jelasnya, kertas siasatan Keluarga Malaysia sudah dibuka pada awal tahun lepas berkait peruntukan dana bagi kerja-kerja pengiklanan, promosi dan publisiti dalam menyebarkan agenda kerajaan yang dikatakan bernilai RM700 juta.

Beliau juga memaklumkan Ismail Sabri sudah mengemukakan pengisytiharan hartanya pada 10 Februari lalu dan dipanggil untuk dirakam percakapan selama beberapa jam 19 Februari lalu.

Katanya, dalam kes siasatan Keluarga Malaysia itu, SPRM membuka beberapa lagi kertas siasatan termasuk berhubung Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.