nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kenaikan elaun ‘on-call’ diputuskan selewatnya Jun

27 APR : Perbincangan berkait kenaikan Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) untuk petugas kesihatan ‘on-call’ sudah diperingkat akhir.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata keputusannya bakal dimuktamadkan selewat-lewatnya, Jun ini.

Menurut Dzulkefly, beliau masih memperjuangkan perkara itu setelah kembali menggalas tugas sebagai menteri.

“Kita akan buat pengumuman secara rasmi. Kenaikan itu sudah lama dinantikan tetapi insya-Allah kali ini kita akan dapat selesaikan semuanya secara tuntas.

“Itu janji saya dan saya telah perjuangkan perkara ini sekian lama sebenarnya, sejak kembali penggal kedua ini. Perdana Menteri telah mengulangi keperluan untuk segera diputuskan kerana saya tahu penantian itu satu penyeksaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Madani Afiat Peringkat Negeri Kelantan, hari ini.

ETAP adalah imbuhan kepada pegawai perubatan atas tanggungjawab tambahan yang dijalankan dalam merawat pesakit semasa ‘on-call’ di hospital selepas waktu bekerja biasa.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly memaklumkan susulan pengumuman tarif baharu yang dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau rapi perkara tersebut yang melibatkan peralatan perubatan dan produk farmaseutikal.

Menurutnya, meski Trump menyebut soal pengecualian tarif bagi sektor farmaseutikal namun terdapat kebimbangan kemungkinan berlaku perkara di luar jangka.

“Kita sentiasa menekankan atau memantau dan sangat mustahak bagi saya sebagai menteri untuk memperlihatkan dua perkara itu. Pertama, adalah peralatan perubatan dan yang kedua adalah ubat-ubatan.

“Dalam masa sama, kita membuat persiapan untuk mencari pasaran dan sumber lain termasuk sumber API dan lain-lain lagi. Kita akan jalankan tanggungjawab kita,” katanya.

*Foto : Facebook Dr Dzulkefly Ahmad
 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.