nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM mahu pengajian AI diselaras di semua universiti

5 MEI : Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diarah untuk menyelaras pengajian berkait teknologi kecerdasan buatan (AI) di semua universiti, seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penguasaan AI dalam kalangan pelajar bersifat kritikal lebih-lebih lagi negara kini berdepan kekurangan tenaga kerja jurutera.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bagi tujuan itu, ia tidak tertumpu kepada universiti awam semata-mata.

“Saya percaya AI penting dan bidang ini perlu diberikan keutamaan. Saya ada minta, umpamanya KPT untuk menyelaraskan kegiatan ini.

“Satu perubahan yang berlaku sekarang ialah kesediaan kita untuk memilih dan mendapat sumbangan itu adalah tidak terikat.

“Kalau untuk pendidikan dan kajian, ia tidak terikat untuk universiti awam. Sebaliknya jika ada keupayaan istimewa, sama ada swasta atau awam, kerjasama itu harus dirangkul dalam satu kekuatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Temu Anwar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Management and Science Universiti (MSU), hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata pelajar di negara ini juga perlu terbabit dalam pembangunan AI dengan memasukkan elemen nilai, budaya dan sejarah yang bersesuaian dengan konsep Malaysia.

“AI ini akan hadam dan memuntahkan semula ilmu yang masuk. Jadi bagaimana penyelesaiannya, anak-anak kita harus mempunyai keupayaan untuk memasukkan ilmu atau aplikasi yang ada nilai kita.

“Ini adalah supaya AI mampu hadam dan memuntahkan semula ilmu bersama kefahaman kita sendiri,” katanya.

*Foto: Facebook Saifuddin Shafi Muhammad

Get real time updates directly on you device, subscribe now.