nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Intipati Belanjawan MADANI 2026

10 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan MADANI 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Ia merupakan belanjawan keempat oleh Kerajaan MADANI pimpinan beliau yang buat pertama kalinya dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13),sekali gus menjadikannya tonggak utama kepada agenda pembangunan negara untuk lima tahun akan datang.

Berdasarkan kenyataan prabelanjawan 2026 yang diterbitkan di laman khas Kementerian Kewangan, Belanjawan MADANI 2026 digariskan untuk meneruskan momentum kemajuan berteraskan asas kukuh yang telah dibina melalui Belanjawan MADANI terdahulu.

Berikut adalah inti pati Belanjawan MADANI 2026.

-Belanjawan MADANI 2026 membabitkan peruntukan RM470 bilion yang  terdiri daripada perbelanjaan mengurus RM338.2biion dan perbelanjaan pembangunan RM81 bilion.

-Kutipan hasil negara pada tahun 2026 dianggarkan meningkat kepada RM343.1 bilion berbanding RM334.1 bilion yang dicatatkan pada tahun 2025.

-KDNK Malaysia bagi tahun 2026 diunjurkan berkembang dalam julat antara 4 hingga 4.5 peratus berbanding 4 hingga 4.8 peratus yang diunjur bagi tahun 2025.

-Kadar inflasi keseluruhan pada tahun 2026 dianggarkan berada dalam julat 1.3 hingga 2 peratus, menggambarkan persekitaran harga yang stabil serta terkawal.

-Pada tahun 2026, kadar pengangguran dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus  sementara jumlah guna tenaga negara dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada 17.2 juta orang.

PEMANTAPAN TIGA CABANG INSTITUSI

-Sebanyak RM220 juta diperuntukkan bagi memperkukuh peranan Institusi Parlimen khususnya untuk memperkasakan fungsi Jawatankuasa Pilihan Khas.

-Pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya di peringkat libat urus bersama semua pihak berkepentingan.

-Akta Perlindungan Pengguna akan dipinda untuk memasukkan elemen Lemon Law bagi melindungi hak pengguna yang sering tertindas

PENYASARAN SUBSIDI

-Penyasaran subsidi menjimatkan dana negara berjumlah RM15.5 bilion setahun

IKHTIAR MADANI UNTUK RAKYAT

-Bagi memperkukuh pembangunan di Sabah dan Sarawak, kerajaan memperuntukkan RM6.9 bilion untuk Sabah dan RM6.0 bilion untuk Sarawak selain meningkatkan kadar Pemberian Khas kepada RM600 juta bagi kedua-dua negeri mulai tahun 2026

-RM 1 bilion diperuntukkan bagi memperhebat Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat yang merangkumi Sejati MADANI,Kampung angkat MADANI, Sekolah Angkat MADANI dan Sejahtera MADANI.

-Peruntukkan Projek lebuh raya Sabah dan Sarawak berjumlah RM48 bilion termasuk Pan Borneo Sabah, Projek Sarawak-Sabah Link Road, Projek Trans Borneo dan naik taraf jajaran red line.

-Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) berjumlah RM2 bilion akan dibangunkan oleh SKKM sepanjang 3,190KM bagi membolehkan Sabah, Sarawak menikmati manfaat digital setara

-Kerajaan memperkenalkan Status ASEAN Entity (ABE) yang diselaraskan oleh Suruhanjaya Sekuriti  SC di mana insentif akan diberikan kepada syarikat senaraian awam dan pertengahan dengan pasaran meluas di ASEAN berstatus ABE.

-Malaysia melalui Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) akan meluncurkan SemiconStart dengan kerjasama inkubator Global.

-Pemerkasaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) turut merangkumi pembangunan lapangan terbang di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Miri dengan peruntukan RM2.3 bilion, pelaksanaan projek Inter-Terminal Transfer antara KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 serta pembangunan Selangor Aero Park di Sepang sebagai hab logistik dan kargo serantau melalui kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor.

-Kerajaan menyediakan pembiayaan sehingga RM100 juta melalui SME Bank untuk menyokong PMKS halal, selain meningkatkan jaminan pembiayaan oleh SJPP kepada RM2 bilion bagi perusahaan halal tempatan untuk memperkasakan ekonomi industri halal.

-Peruntukkan TVET dinaikkan kepada RM7.9 bilion bagi meningkatkan peluang dan latihan TVET khususnya dalam menyokong sektor berkeutamaan tinggi.

-Labuan berhasrat menjadikan hab kewangan Islam Digital dengan emperkenalkan Global Tojenisasi Sukuk.

PENERAJU EKONOMI ISLAM

-Pemerkasaan ekonomi industri halal dilaksanakan antaranya melalui pembiayaan PMKS halal oleh SME Bank sehingga RM100 juta serta peningkatan jaminan Kerajaan bagi pembiayaan PKS halal oleh  Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) yang bernilai sehingga RM2 bilion.

TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026

-RM700 juta diperuntukkan bagi merancakkan sektor pelancongan bagi menarik 47 juta pelawat dan menjana pendapatan pelancongan berjumlah RM329 bilion.

-Bagi menggalakkan rakyat melancong di dalam negara, pelepasan khas cukai pendapatan individu akan diberikan sehingga RM 1,000 ke atas perbelanjaan fi kemasukan ke pusat pelancongan tempatan dan program kebudayaan.

-Pengecualian penuh duti eksais dan cukai kepada pemilik teksi dan kereta sewa persendirian ke atas pembelian kereta nasional baharu Perodua dan Proton.

-Menambah baik kemudahan penjaja dan perumahan rakyat dengan peruntukkan RM500 juta oleh DBKL ter asuk menyelenggara prasarana PPR dan membaik pulih semua kerosakan lif rumah rakyat sebelum akhir 2025.

KECERDASAN BUATAN DAN RDCI

-Menjadikan Malaysia sebaga Negara AI menjelang 2030 dengan memperuntukkan aktiviti RDCI berjumlah RM5.9 Bilion, Potongan cukai tambahan 50% kepada PMKS bagi kos latihan berkaitan AI, Penubuhan Sovereign AI Cloud dan Geran Pecutan Digital Malaysia berjumlah RM53 Juta.

PEMERKASAAN USAHAWAN TEMPATAN

-Peruntukan cuti penyelidikan atau sabatikal setahun kepada pensyarah universiti awam yang menjadi pengasas syarikat terbitan untuk menggalakkan pengkomersialan hasil R&D

-Sebanyak RM12 juta diperuntukkan kepada Hospital Pengajar Universiti (HPU) terpilih bagi mengaplikasikan hasil ciptaan mereka dalam pelaksanaan rawatan dan pemulihan pesakit secara bersasar.

-EXIM Bank akan menyediakan pinjaman mudah berjumlah RM500 juta bagi membantu syarikat yang terjejas akibat ketegangan tarif perdagangan global.

BELI PRODUK BUATAN MALAYSIA

-Kerajaan menyediakan kemudahan pinjaman dan jaminan bernilai RM50 bilion bagi menyokong pertumbuhan usahawan tempatan.

PERLADANGAN DAN KOMODITI

-Mulai 1 Januari 2026, pengecualian duti setem ke atas kontrak penggajian akan dilaksanakan dengan nilai ambang gaji dinaikkan kepada RM3,000 sebulan.

-RM2.4 Bilion diperuntukkan  kepada FELDA, RISDA dan FELCRA untuk terus melindungi lebih 720,000 peneroka, pekebun kecil serta keluarga -RM120 Juta Bantuan Kerajaan untuk membela nasib pekebun kecil sawit, getah, koko, lada dan kenaf

AGENDA PERALIHAN TENAGA

-Melalui Agenda Peralihan Tenaga Negara, kerajaan menubuhkan Dana Peralihan Tenaga Negara bernilai RM150 juta dan melaksanakan Program Solar Skala Besar 6 (LSS6) yang dijangka menarik pelaburan swasta berjumlah RM6 bilion.

-Cukai Karbon akan diperkenal kepada sektor besi, keluli dan tenaga pada tahun 2026 selain penggubalan RUU Perubahan Iklim Negara.

PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

-RM300 Juta Memperhebat kerjasama pertanian dengan Kerajaan Negeri termasuk menyokong tanaman jagung bijian, akuakultur serta aktiviti padi di Sabah dan Sarawak

-Bagi menyokong usahawan tani, kerajaan memperuntukkan pembiayaan Agrobank sebanyak RM1.1 bilion, memberikan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi projek baharu pengeluaran bahan makanan, serta memperluas galakan cukai automasi sektor pertanian kepada aktiviti penternakan haiwan terpilih.

-RM160 Juta Insentif untuk nelayan antaranya elaun sara hidup nelayan sehingga RM300 sebulan dan insentif hasil tangkapan.

KETENTERAMAN AWAM & PERTAHANAN NEGARA

-Peningkatan tahap kesiapsiagaan pertahanan negara melalui peruntukan berjumlah RM21.7 bilion kepada Kementerian Pertahanan dan RM21.2 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri

-Perlindungan keselamatan negara melalui perolehan Multi Purpose Command Platform baharu di Sabah.

-Kerajaan bersetuju untuk membentangkan Rang Undang-undang Antibuli 2025 sebagai salah satu inisiatif untuk menoktahkan gejala buli

PENGURUSAN BENCANA

-RM460 Juta Peruntukan untuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi bersiap sedia menghadapi bencana

-RM210 Juta Dana disediakan oleh SKMM bagi pembangunan Sistem Amaran Awal (EWS) untuk memperkukuh kesiapsiagaan bencana dan krisis

PERLINDUNGAN KHAZANAH ALAM

-Sebanyak RM3.3 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan projek prasarana asas desa, merangkumi pembinaan jalan kampung dan jalan perhubungan desa, penyediaan bekalan air bersih serta elektrik di kampung kecil Sabah dan Sarawak, dan pembinaan jambatan serta pemasangan lampu jalan kampung.

-Penambahan Tanah Rizab Melayu seluas 50 ekar di Bandar Malaysia dan fasa pembangunan akan bermula menjelang akhir tahun 2026

EKONOMI BUMIPUTERA

-Kerajaan memberi sokongan kepada usahawan Bumiputera melalui peruntukan RM2.4 bilion bagi membantu kontraktor G1 hingga G4 melaksanakan projek kecil dan sederhana, serta jaminan bernilai RM10 bilion oleh SJPP yang dikhususkan untuk usahawan Bumiputera.

WANITA DAN ANAK MUDA

-Pelepasan cukai pendapatan individu RM3,000 ke atas perbelanjaan yuran TASKA dan TADIKA diperluas kepada pusat jagaan harian atau pusat transit berdaftar serta had umur anak yang layak dinaikkan daripada 6 tahun kepada 12 tahun

-Kerajaan akan membela nasib 5,000 ibu tunggal miskin yang memerlukan bantuan guaman bagi penyelesaian kes mahkamah seperti perceraian dan hak penjagaan anak

-Bagi golongan belia, kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk latihan sambil bekerja kepada 11,000 belia tanpa ijazah melalui Khazanah dengan peruntukan RM200 juta, program latihan oleh MARA bernilai hampir RM30 juta bagi melatih anak Bumiputera dengan jaminan pekerjaan, serta pembiayaan usahawan belia oleh BSN berjumlah RM150 juta.

KEBAJIKAN KUMPULAN TUMPUAN

-Sebanyak RM412 juta diperuntukkan bagi memperkasa komuniti Orang Asli, termasuk menambah baik beberapa jalan di Kampung Orang Asli, membina empat TABIKA Orang Asli baharu, serta memperluas Program Sekolah Terapung di Hulu Perak.

-Bagi manfaat golongan OKU, kerajaan memperuntukkan sekitar RM1.4 bilion bagi bantuan kepada OKU kronik terlantar, OKU yang tidak berupaya bekerja serta Elaun Pekerja OKU, selain menyediakan 100 van mobiliti khas bagi memudahkan pergerakan golongan OKU di seluruh negara.

-Dasar Peluang Kedua Fast Track akan diperkenalkan untuk mempercepat proses pelepasan individu bankrap terutamanya ibu bapa tunggal yang menanggung anak, usahawan mikro yang terkesan krisis, mangsa scam serta mangsa projek terbengkalai

KOS SARA HIDUP RAKYAT

-Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 akan disalurkan seawal 18 Oktober 2025, diikuti dengan pemberian RM100 Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah  (SARA) kepada 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas pada pertengahan Februari 2026, dengan keseluruhan RM15 bilion diperuntukkan bagi STR dan SARA 2026, termasuk pemberian Penghargaan SARA

-RM3.1 Bilion Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk lebih 560,000 penerima akan terus disalurkan, meningkat berbanding RM2.9 bilion pada tahun 2025

-Kerajaan akan meneruskan inisiatif menangani kos sara hidup dengan peruntukan RM1 bilion, antaranya memperbanyakkan Program Payung RAHMAH di semua kawasan DUN seluruh negara

SKIM PERLINDUNGAN UNTUK RAKYAT

-i-Saraan Plus akan diperkenalkan untuk pekerja gig, e-hailing dan p-hailing dengan insentif caruman padanan sehingga RM600 setahun atau RM6,000 seumur hidup

PERSEDIAAN MENUJU NEGARA TUA

-Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025–2045 akan digubal sebagai panduan strategik menyeluruh

-RM1.26 Bilion Diperuntukkan untuk kebajikan warga emas, melibatkan 180,000 warga emas, antaranya untuk wang saku, bantuan sosioekonomi dan pusat aktiviti

-Potongan cukai dua kali kepada syarikat menaja latihan bagi OKU diperluas kepada penajaan pekerja jagaan ‘care worker’ yang mengikuti program di institusi latihan yang diiktiraf KPWKM

KESIHATAN

-RM46.5 bilion diperuntukkan untuk Kementerian Kesihatan, meningkat berbanding RM45.3 bilion pada 2025.

-Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 bagi bayaran premium insurans dan takaful nyawa turut diperluas bagi meliputi anak.

-Bagi menambah petugas di fasiliti kesihatan awam pada 2026, sebanyak 4,500 doktor kontrak akan ditawarkan jawatan tetap dan hampir 935 graduan Institut Latihan KKM akan ditawarkan jawatan tetap sebagai jururawat

-RM120 Juta peruntukan tambahan disediakan bagi kenaikan Kadar Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP)

DUTI EKSAIS

-Kadar duti eksais bagi produk rokok akan dinaikkan secara berfasa mulai 1 November 2025, melibatkan kenaikan sebanyak 2 sen bagi setiap batang rokok, RM40 sekilogram bagi cigars, cheroots dan cigarillos serta RM20 sekilogram bagi kandungan tembakau dalam produk heated tobacco.

PENDIDIKAN

-RM66.2 Bilion Kementerian Pendidikan menerima peruntukan lebih tinggi bagi tahun 2026, berbanding 2025 (RM64.2 Bilion) -Sebanyak 38 buah sekolah baharu akan dibina di seluruh negara, termasuk SK Sri Sadong di Serian, Sarawak, SK Sabandar di Tuaran, Sabah, dan Kompleks Sekolah Bandar Layangkasa di Johor Bahru.

-Bagi memastikan anak-anak daripada keluarga susah mendapat akses pendidikan, kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk Biasiswa Kecil Persekutuan bernilai RM150 juta, Rancangan Makanan Tambahan berjumlah RM870 juta serta Bantuan Am Persekolahan sebanyak RM180 juta yang kini diperluas sehingga pelajar tingkatan lima.

-Kos RM70 Juta Pemerkasaan pendidikan awal kanak-kanak melalui pembekalan televisyen pintar kepada 10,800 kelas prasekolah, TASKA dan TABIKA seluruh negara.

-Untuk memperkukuh kebajikan dan pendidikan anak-anak istimewa, kerajaan memperuntukkan RM270 juta bagi elaun RM150 sebulan kepada 150,000 murid OKU, RM30 juta untuk menambah baik kemudahan sekolah serta peralatan mesra OKU dan turut membina dua sekolah pendidikan khas baharu.

-RM18.6 Bilion Peruntukan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi, termasuk lebih RM400 juta untuk menyelenggara prasarana dan penggantian peralatan usang

-Kerajaan serta GLIC menyediakan biasiswa, pinjaman dan elaun pendidikan, manakala potongan cukai dua kali ke atas perbelanjaan tajaan biasiswa oleh pihak swasta kini diperluas kepada sijil kelayakan profesional bagi memperluas peluang anak muda melanjutkan pelajaran.

-RM120 Juta Pendidikan percuma melalui PTPTN kepada 5,800 anak-anak keluarga miskin yang mengikuti pengajian di IPTA

-Dalam usaha memperkasa bidang aeronautik, UniMAP akan membangunkan Air Space Sandbox di Perlis, manakala UTHM menjadi universiti pertama di Asia Tenggara yang memiliki lapangan terbang maritim.

MOBILITI RAKYAT

-Pas MyRailLife secara percuma bagi perkhidmatan kereta api KTM Komuter dan Shuttle DMU kepada komuniti OKU, semua murid sekolah, dan akan diperluas kepada semua kanak-kanak bawah 6 tahun.

-Ketersambungan rel negara terus diperkukuh melalui pelaksanaan projek seperti ETS ke Johor Bahru Sentral (fasa akhir), LRT3 dari Bandar Utama ke Johan Setia, ECRL yang menghubungkan Kota Bharu ke Gombak, serta penggantian 26 tren bagi LRT Laluan Kelana Jaya.

-MOT sedang dalam peringkat akhir menetapkan peraturan had kelajuan untuk kenderaan berat dalam usaha mengurangkan risiko kemalangan jalan raya

MARTABAT SYIAR ISLAM

-RM2.6 Bilion diperuntuk bagi menegakkan Syiar Islam

-Dua modul baharu iaitu Falsafah dan Cabaran Semasa serta Aspirasi Negara Bangsa diwajibkan mulai 2026 di IPT dalam usaha mengukuhkan  tradisi, kesenian, tatasusila serta perpaduan nasional ke arah peradaban negara bangsa.

PEMBANGUNAN SUKAN

-RM580 Juta Pembangunan sukan negara termasuk Road to Gold, persediaan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 pemerkasaan atlet para dan sukan orang pekak.

BAHASA MELAYU DAN SENI KREATIF

-Kerajaan MADANI menyediakan RM110 juta insentif untuk penerbit filem tempatan dan antarabangsa termasuk RM10 juta khusus bagi kandungan kenegaraan, RM10 juta untuk penganjuran konsert artis menarik pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 serta RM20 juta bagi menyokong Ekosistem Kreatif Digital khususnya animasi dan permainan digital tempatan.

PENJAWAT AWAM

-Pembiayaan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) diperkasa dengan had kelayakan maksimum dinaikkan sehingga RM1 juta dan pembiayaan kali kedua dipermudah tanpa perlu menyelesaikan pembiayaan pertama.

-Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam berjumlah RM500 akan disalurkan pada awal Mac 2026 sempena Aidilfitri kepada semua penjawat awam gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak serta RM250 kepada semua pesara kerajaan.

-RM35 Juta Sumbangan khas RM500 sebagai penghargaan kepada khidmat 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut.

-Kerajaan membela nasib pesawah melalui subsidi pertanian tertinggi dalam sejarah dengan anggaran bantuan RM4,300 sehektar setiap musim termasuk subsidi, bantuan dan insentif tanaman padi bernilai RM2.62 bilion, peningkatan insentif pembajakan dan racun kepada RM160 dan RM300 sehektar semusim serta pengenalan Insentif Penuaian

-Had pengeluaran KWSP untuk ibadat Haji ditingkatkan daripada RM3,000 kepada RM10,000.

-Kemudahan pengeluaran awal pengiraan gantian cuti rehat  (GCR) bagi penjawat awam disediakan untuk tujuan menunaikan haji dengan had penebusan sehingga RM10,000.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.