1 JAN : Tiada pilihan raya kecil (PRK) bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang diisytiharkan kosong, baru-baru ini.
Perkara itu disahkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun.
Menurutnya, tiada juga keperluan untuk SPR mengadakan mesyuarat khas berkait notis pengosongan diterima dariapda DUN Perlis, sebelum ini.
“Tiada PRK dan tiada keperluan untuk mesyuarat khas (bagi membincangkan pelaksanaan PRK),” katanya lapor BH.
Terdahulu, Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan memohon kepada SPR agar diadakan PRK susulan kekosongan luar jangka bagi tiga kerusi DUN itu.
Namun pada sidang media semalam, beliau mengumumkan penarikan kembali notis permohonan agar diadakan PRK itu.
Namun ketiga-tiga kerusi DUN PAS iaitu Chuping (Saad Seman), Bintong (Fakhrul Anwar Ismail) dan Guar Sanji (Mohd Ridzuan Hashim) tetap kosong sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.