nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sultan Selangor tetap tidak berkenan ternak babi di negeri itu

7 MEI : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal tidak berkenan dengan sebarang aktiviti penternakan babi di negeri itu.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda menegaskan agar isu penternakan babi itu dihentikan dan dimuktamadkan sepenuhnya (full stop).

Katanya, ia demi mengelakkan keresahan masyarakat serta memastikan keamanan dan keharmonian rakyat di Negeri Selangor terus terpelihara.

“Sultan Selangor kekal dengan pendirian baginda seperti yang telah ditegaskan menerusi Kenyataan Media bertarikh 10 Februari 2026 bahawa baginda tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan.

“Pendirian tersebut dibuat setelah mengambil kira implikasi penternakan babi yang boleh menyebabkan pencemaran pada tanah, udara dan risiko pencemaran sumber air sungai melalui pelepasan najis dan sisa kumbahan babi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Mohamad Munir, baginda turut menzahirkan kebimbangan aktiviti berkenaan boleh menjejaskan kawasan tadahan air serta sungai-sungai yang menjadi sumber bekalan air bersih kepada kira-kira 9 juta penduduk di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu, katanya, kaedah penternakan moden yang mematuhi piawaian memerlukan kos amat tinggi dan tidak praktikal serta tidak mungkin dapat dilaksanakan hanya bagi memenuhi bekalan daging babi di Negeri Selangor sahaja.

“Justeru, baginda mencadangkan agar daging babi diimport dari negeri lain seperti Sarawak bagi memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam yang makan babi di Negeri Selangor.

“Bahkan negara seperti Singapura juga tidak menternak babi dan mengimport daging babi dari luar,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohammad Munir berkata Sultan Selangor juga berpandangan bahawa penternakan babi berskala besar mahupun kecil adalah tidak sesuai dilaksanakan di Selangor memandangkan sumber tanah yang terhad serta nilai hartanah yang tinggi.

Katanya, keadaan itu sewajarnya dimanfaatkan untuk tujuan pembangunan yang lebih ekonomik dan memberi manfaat kepada masyarakat secara menyeluruh.

Terdahulu, jemaah menteri memutuskan aktiviti penternakan babi itu hanya boleh dibuat di kawasan yang jauh dari sumber air dan perumahan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.