nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia tidak bantah pengampunan Jho Low, itu urusan dalaman AS

15 MEI: Tiada bantahan rasmi akan dikemukakan Malaysia terhadap Amerika Syarikat (AS) susulan permohonan pengampunan dibuat ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low terhadap Presiden AS, Donald Trump.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meski Malaysia tidak menyokong pengampunan itu namun ia urusan dalaman kerajaan AS.

“Tidak, tiada isu…itu keputusan AS. Setakat ini kita tidak akan ke arah itu. Itu urusan AS,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan, hari ini.

Anwar mengulas sama ada kerajaan Malaysia bakal membuat representasi rasmi kepada AS bagi membantah sekiranya pengampunan diberikan kepada Jho Low.

Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau tidak dimaklumkan tentang permohonan itu dan ia bukan perkara yang perlu dibincangkan.

“Setakat yang saya tahu, ia bukan satu isu. Saya juga tidak dimaklumkan bahawa beliau telah mengemukakan permohonan pengampunan.

“Walaupun beliau telah memohon, ia bukan perkara yang perlu kita bincangkan kerana beliau masih melalui proses perundangan di mahkamah,” katanya.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan Jho Low yang masih dalam buruan itu memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Berdasar maklumat yang disiar di laman web Jabatan Kehakiman AS (DoJ), permohonan pengampunan yang dibuat atas nama Taek Jho Low itu diklasifikasikan sebagai ‘pengampunan selepas selesai menjalani hukuman’.

Namun, status permohonan tersebut masih dalam pertimbangan dan setakat ini tiada perincian lanjut didedahkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.