nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pendaftaran, penentuan status pelarian bukan tiket jadi warganegara

11 JUN : Proses Pendaftaran dan Penentuan Status Pelarian (DPP) yang dijalankan di negara ini bukan suatu bentuk pemberian kewarganegaraan, taraf pemastautin tetap (PR) atau hak untuk menetap secara kekal di Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan perkara itu dalam satu kenyataan media, hari ini.

“KDN ingin menegaskan bahawa proses DPP bukanlah suatu bentuk pemberian kewarganegaraan, taraf pemastautin tetap atau hak untuk menetap secara kekal di Malaysia.

“Sebaliknya, ia merupakan instrumen penting bagi memastikan Kerajaan mempunyai kawalan yang lebih baik terhadap isu migrasi dan keselamatan negara,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, KDN menekankan kerajaan memegang prinsip yang jelas di mana keselamatan negara tidak akan sesekali dikompromi.

Pada masa yang sama, KDN berkata isu pelarian perlu diuruskan secara teratur, berlandaskan undang-undang serta mengambil kira realiti kemanusiaan yang wujud di peringkat serantau dan antarabangsa.

“Kerajaan MADANI percaya pengurusan migrasi yang berkesan bermula dengan data yang tepat. Kita tidak boleh mengurus sesuatu yang tidak kita kenali, dan kita tidak boleh menjaga keselamatan negara tanpa mengetahui dengan jelas siapa yang berada di dalam sempadan negara.

“Justeru, pelaksanaan DPP merupakan langkah penting ke arah pengurusan migrasi yang lebih tersusun, bertanggungjawab dan berteraskan kepentingan keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat Malaysia,” jelas kementerian itu.

KDN berkata Malaysia berhadapan dengan kehadiran pelarian dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) selama berpuluh tahun namun sehingga kini, kerajaan tidak mempunyai data yang lengkap dan menyeluruh mengenai jumlah sebenar, identiti serta latar belakang individu yang berada di dalam negara atas kapasiti tersebut.

“Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan. Sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negeri dan mengurus migrasi negara, KDN perlu memastikan setiap keputusan dan dasar yang dilaksanakan berpaksikan data yang tepat, sahih dan dimiliki oleh Kerajaan Malaysia sendiri.

“Atas sebab itu, berpandukan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 23 (Semakan 2023), KDN melalui Jabatan Imigresen Malaysia sedang melaksanakan proses DPP di Semenanjung Malaysia.

“Proses ini melibatkan pemegang dokumen UNHCR serta individu yang mendakwa diri mereka sebagai pelarian. Melalui DPP, kerajaan akan memperoleh data biometrik dan maklumat identiti yang lebih terperinci bagi membolehkan status, keberadaan dan latar belakang individu yang terlibat dikenal pasti dengan lebih tepat,” kata KDN lagi.

KDN berkata data itui amat penting bagi membantu kerajaan menilai implikasi keselamatan, kesihatan awam, ekonomi dan sosial secara lebih menyeluruh.

Selain itu, ia juga membolehkan prosedur operasi standard (SOP), dasar migrasi serta langkah-langkah penguatkuasaan berkaitan pelarian, pemegang kad UNHCR diperkemas berdasarkan maklumat yang sahih dan boleh disahkan.

*FOTO : FACEBOOK KDN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.