nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerjasama dengan kuasa besar diperkukuh tanpa jejas dasar berkecuali

20 JUN : Malaysia berupaya memperkukuh kerjasama dengan pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat (AS), China, India, Rusia serta negara-negara Eropah tanpa menjejaskan dasar berkecuali yang diamalkan selama ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kedudukan negara kini semakin diiktiraf sebagai pemain penting dalam arena geopolitik dan ekonomi global.

Beliau berkata, pendekatan seimbang itu membolehkan Malaysia menarik pelaburan berkualiti dan mewujudkan lebih banyak kerjasama strategik dalam pelbagai bidang.

“Malaysia berada di tengah-tengah perkembangan dunia hari ini dan tahap keyakinan pelabur antarabangsa terhadap negara amat penting untuk kelangsungan ekonomi serta kemajuan masa depan kita.

“Kita berurusan dengan AS, China, India, Rusia dan negara-negara lain sambil mengekalkan kebebasan serta pendirian berkecuali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Pembukaan MKS Instruments Malaysia Sdn Bhd Pulau Pinang, hari ini.

Anwar berkata AS terus menjadi antara rakan dagang dan pelabur utama negara, manakala aliran pelaburan dari China, India dan negara-negara Eropah menunjukkan pertumbuhan yang semakin positif.

Menteri Kewangan itu berkata perkembangan menunjukkan bukti keyakinan pelabur asing terhadap kestabilan ekonomi serta hala tuju pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

Katanya, keyakinan itu diterjemahkan dengan keputusan syarikat multinasional seperti Nvidia, Infineon dan MKS Instruments yang memilih memperluas operasi mereka di negara ini.

“Pelabur bukan sahaja melihat kemudahan, insentif dan potensi yang ada, tetapi turut menilai kelebihan ekonomi yang mampu diwujudkan melalui kerjasama jangka panjang dengan Malaysia.

“Sebab itu saya amat teruja dengan kehadiran MKS Instruments yang memperluaskan aktivitinya di negara ini kerana terdapat banyak bidang yang boleh memberi manfaat bersama,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.