nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tarik kes atau kompaun kes rasuah tidak dibuat sewenang-wenangnya

20 JUN : Keputusan menarik balik pertuduhan atau menawarkan penyelesaian melalui kompaun dibuat selepas melalui proses penelitian yang rapi dan bukannya sewenang-wenangnya.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata kompaun hanya dijadikan pilihan terakhir apabila perbicaraan penuh tidak lagi praktikal dari sudut perundangan atau logistik.

Jelasnya, ia bukan untuk mengurangkan tahap akauntabiliti namun bagi membolehkan pemulihan aset negara dilakukan dengan lebih  segera.

Mohd Dusuki berkata tiada garis panduan tetap yang menentukan sesuatu kes rasuah boleh diselesaikan menerusi kompaun.

“Sebaliknya, setiap kes perlu melalui penelitian menyeluruh terhadap bukti dan perbincangan bersama pasukan penyiasat bagi memastikan sama ada pendakwaan atau pelucuthakan harta masih boleh diteruskan sebelum kompaun dipertimbangkan.

“Jika surat representasi dikemukakan bagi pihak suspek atau tertuduh, siasatan lanjut yang teliti perlu dijalankan terhadap alasan yang dikemukakan bagi mengesahkan kesahihannya,” katanya lapor New Straits Times.

Pada 3 Jun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan bekas ketua unit komunikasi korporat sebuah kementerian, Nur Fazreen Mohamad Kamal, 45 daripada pertuduhan memperoleh suapan RM5,268 selepas membayar kompaun ditawarkan SPRM.

Kemudian, Pemerhati Rasuah (MCW) dilapor menyuarakan kebimbangan berhubung cara  SPRM itu boleh mencetuskan persepsi bahawa kesalahan berkaitan integriti dan salah guna kuasa boleh diselesaikan tanpa melalui pengadilan di mahkamah.

Sementara Transparency International Malaysia (TI-M) menzahirkan kebimbangkan susulan peningkatan kaedah penyelesaian kes rasuah dengan tawaran kompaun.

Dalam pada itu, Mohd Dusuki berkata kompaun berkenaan dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) maka penyelesaian hanya boleh ditawarkan jika benar-benar wujud hasil wang haram.

Katanya, kompaun tidak boleh ditawarkan dalam kes cubaan memberi rasuah jika tiada hasil atau keuntungan haram diperoleh suspek.

“Selain itu, jumlah kompaun juga ditetapkan pada kadar yang jauh lebih tinggi daripada nilai suapan sebenar bagi memastikan elemen hukuman kekal berkesan, menghalang pesalah daripada meraih keuntungan, memberi kesan pencegahan kewangan serta memaksimumkan pemulihan aset negara.

“Faktor lain yang turut dipertimbangkan adalah sama ada kerajaan mengalami kerugian secara langsung, kelemahan dari segi bukti, kematian atau kehilangan saksi penting dan saksi bertukar menjadi tidak menyokong pendakwaan.

“Ia termasuk kesukaran mendapatkan dokumen material, kos pendakwaan yang tidak seimbang dengan nilai suapan, halangan perundangan yang kompleks serta pertimbangan kemanusiaan dan keadilan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.