nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengelasan B40, M40, T20 masih dikekalkan

23 JUN : Had kelayakan umum bagi bantuan sosial dan kemiskinan di negara ini berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) peringkat nasional terkini iaitu RM2,705 pada tahun 2024.

Sementara, pengelasan pendapatan berasaskan kumpulan B40, M40 dan T20 masih dikekalkan sebagai rujukan bagi analisis statistik serta pelaksanaan bantuan sosial.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir melalui jawapan bertulis bagi pertanyaan lisan Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan amat prihatin terhadap keperluan untuk menambah baik pendekatan sedia ada agar lebih mencerminkan realiti sosioekonomi dan kos sara hidup semasa rakyat.

Namun katanya, dalam memacu agenda Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13), 2026-2030, kerajaan sedang mempertimbang kaedah-kaedah penentuan kumpulan sasar yang lebih inklusif dan saksama.

“Langkah ini bagi melengkapkan pengelasan berasaskan pendapatan kasar semata-mata, yang tidak menggambarkan beban kewangan sebenar isi rumah akibat perbezaan lokaliti, demografi dan corak perbelanjaan isi rumah serta kos sara hidup.

“Bagi merealisasikan hasrat ini, kerajaan sedang meneliti kaedah pengukuran yang lebih dinamik termasuk penggunaan Pendapatan Boleh Guna Bersih (NDI).

“Secara dasarnya, pendekatan NDI ini melangkaui penilaian pendapatan kasar dengan mengambil kira pendapatan kasar isi rumah ditolak potongan berkanun (seperti KWSP, PERKESO, cukai pendapatan dan zakat) serta kos Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) mengikut lokaliti, demografi dan corak perbelanjaan isi rumah serta harga barangan dan perkhidmatan,” katanya.

Jelasnya, PAKW pada masa ini berfungsi sebagai panduan literasi kewangan setempat bagi membantu rakyat merancang perbelanjaan kehidupan wajar keluarga mengikut keperluan masing-masing.

Mengulas lanjut, Akmal berkata kajian semula pengelasan pendapatan itu memerlukan penelitian lanjut serta ketersediaan data isi rumah yang lengkap seperti yang dinyatakan dalam Rancangan RMK13 bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) yang meminta menteri menyatakan tempoh kelas sosioekonomi baharu bagi menggantikan pengelasan B40, M40 dan T20 akan dilaksanakan

Get real time updates directly on you device, subscribe now.