nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Letupan bom: Thailand jamin keselamatan rakyat Malaysia

3 JUL : Thailand memberi jaminan keselamatan rakyat Malaysia yang memasuki negara itu akan terus diberi keutamaan susulan dua rakyat negara ini yang cedera dalam insiden letupan bom di Tak Bai, Narathiwat, baru-baru ini.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata jaminan tersebut disampaikan Timbalan Ketua Pusat Penyelarasan Negara-Negara Jiran (NCCC) Tentera Diraja Thailand, Jen Surathep Nukaeow.

Menurutnya, Kerajaan Thailand turut menyatakan komitmen untuk menyalurkan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa, termasuk pemberian pampasan, selain memperketat langkah keselamatan di kawasan sempadan bagi membendung sebarang ancaman jenayah.

“Kerajaan Thailand menyatakan kebimbangan terhadap insiden itu dan memberi jaminan keselamatan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Surathep di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, hari ini.

Ahmad Radzi berkata pertemuan tersebut turut menyentuh usaha memperkukuh kerjasama keselamatan di kawasan sempadan menerusi mekanisme dua hala yang sedia ada khususnya dalam menangani jenayah rentas sempadan.

Beliau berkata penubuhan NCCC kira-kira setahun lalu telah memperkukuh penyelarasan dan kerjasama antara agensi keselamatan Malaysia dan Thailand.

“Perbincangan hari ini lebih tertumpu kepada bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan antara pihak keselamatan Thailand dan Malaysia, khususnya melibatkan PGA di kawasan sempadan Sungai Golok.

“Kita tidak memfokuskan kepada sesuatu isu atau insiden tertentu, sebaliknya memberi penekanan kepada usaha bersama bagi mengekang jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan dadah, pendatang tanpa izin, penyeludupan senjata api serta aktiviti jenayah lain,” katanya.

Beliau berkata sebarang perkara yang melibatkan dasar dan polisi akan terus dibincangkan menerusi saluran kerjasama dua hala yang telah diwujudkan, manakala NCCC berperanan mempercepatkan penyelarasan di peringkat operasi.

Sementara itu, Surathep berkata Malaysia dan Thailand telah lama berkongsi matlamat serta dasar yang sama dalam memastikan keselamatan di kawasan sempadan terus terpelihara.

“Kami mempunyai hubungan yang sangat baik dengan rakan sejawat di Malaysia. Kami berkongsi idea serta dasar yang sama dan bekerjasama rapat melalui pelbagai platform, termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Serantau.

“Tiada keperluan untuk melakukan aktiviti rentas sempadan secara haram kerana kedua-dua negara telah menyediakan pintu masuk yang sah bagi pergerakan orang ramai dan barangan,” katanya.

Sebelum ini, dua rakyat Malaysia cedera dalam inisiden letupan bom di sebuah jalan di daerah Tak Bai, Isnin lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.