3 JUL : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengaktifkan Pusat Pemantauan Rangkaian bagi menyelaras aduan berkaitan komunikasi dan multimedia sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Menurut MCMC, orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan liputan rangkaian mudah alih, Internet, kualiti perkhidmatan telekomunikasi dan gangguan perkhidmatan.
Orang ramai juga boleh menyalurkan aduan mengenai kandungan dalam talian termasuk isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja), penyamaran,penipuan dan kandungan yang melanggar undang-undang serta sebarang isu lain di bawah bidang kuasa MCMC,
“Segala maklum balas daripada orang ramai amat dihargai bagi membantu MCMC memastikan perkhidmatan komunikasi sentiasa berada pada tahap terbaik sepanjang tempoh PRN,” menurut MCMC dalam kenyataan itu.
Aduan boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Pemantauan Rangkaian MCMC tersebut melalui talian 07-3658031 dan 07-3658032 serta menerusi e-mel jso.rcs@mcmc.gov.my dan portal aduan MCMC https://www.mcmc.gov.my/ms/make-a-complaint/make-a-complaint