nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BN tubuh unit pantau manifesto di Negeri Sembilan

30 JUL : Barisan Nasional (BN) akan menubuhkan Unit Pemantauan Pelaksanaan Manifesto bagi memastikan setiap tawaran Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dilaksanakan sepenuhnya jika diberi mandat mentadbir.

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata unit itu akan diwujudkan sejurus kerajaan negeri dibentuk bagi memantau pelaksanaan setiap komitmen dalam manifesto.

Katanya, perkembangan pelaksanaan akan dinilai menerusi laporan berkala sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

“Penubuhan unit itu membuktikan BN tidak menjadikan pilihan raya sekadar medan mencari kuasa sementara dengan menabur janji tidak masuk akal yang akhirnya membohongi rakyat.

“Apabila kita buat manifesto, bermakna kita mesti merealisasikannya dan dilaksanakan 100 peratus supaya rakyat mendapat apa yang sudah dijanjikan sepanjang penggal pemerintahan.

“Kita tidak mahu menjanjikan ‘bulan dan bintang’ seperti memberikan bantuan bulanan ribuan ringgit atau minyak percuma yang nyata tidak realistik. Setiap perkara yang dirancang sejak dahulu adalah berasaskan keupayaan sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program podcast Bicara PRN Negeri Sembilan.

Jalaluddin berkata, kerajaan negeri memerlukan sekurang-kurangnya RM30 juta setahun bagi menjayakan pelbagai inisiatif kebajikan digariskan dalam manifesto.

Menurut beliau, keupayaan menjana hasil lebih tinggi akan membolehkan kerajaan negeri menyalurkan semula manfaat kepada rakyat menerusi pelbagai program.

“Antara tumpuan kita termasuklah memperluas bantuan warga emas berumur 65 tahun ke atas sebanyak RM200, insentif simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) RM200 bagi kelahiran baharu serta bantuan kebajikan untuk pengurusan jenazah dan pesakit kronik.

“Bagi mengurangkan beban kos sara hidup keluarga kurang mampu, kita turut menyediakan bantuan pendaftaran pengajian tinggi iaitu RM1,000 bagi peringkat ijazah, RM750 diploma dan RM500 untuk peringkat sijil serta kemasukan ke sekolah berasrama penuh,” katanya.

Beliau berkata, manifesto itu turut memberi penekanan kepada golongan belia termasuk bantuan RM1,000 kepada pasangan berkahwin kali pertama bagi membantu memulakan kehidupan baharu.

“Pendekatan holistik itu merangkumi perancangan jangka panjang lima tahun yang seimbang antara pembangunan ekonomi, kebajikan rakyat, belia, warisan serta adat di Negeri Sembilan,” katanya.

Hari pengundian bagi PRN Negeri Sembilan ditetapkan 1 Ogos ini bagi menentukan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.