nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penjualan aset hampir RM10 bilion selamatkan TH

KENYATAAN MEDIA

LEMBAGA TABUNG HAJI

Lembaga Tabung Haji (TH) ingin menegaskan pelan penstrukturan semula pada tahun 2018 adalah bagi menangani kedudukan defisit kewangan TH yang memerlukan tindakan penyelamatan kewangan segera (bailout) dari kerajaan pada waktu tersebut, untuk melindungi TH dari insolvensi.

Pihak berautoriti seperti Bank Negara Malaysia sejak 2014 telah membangkitkan kebimbangan terhadap kesan amalan membayar Agihan Keuntungan tinggi menyebabkan rizab yang sedia rendah menjadi negatif dan boleh mendedahkan TH kepada risiko pengeluaran deposit secara besar-besaran. Ketua Audit Negara dalam Penyata Kewangan berakhir 2017 pula telah membuat Penegasan Perkara (Emphasis of Matter) menegur amalan perakaunan yang tidak konsisten dan tidak memberi gambaran kewangan sebenar.

Manakala, RCI telah menegur tindakan Ketua Audit Negara yang tidak tegas dalam pengauditan Penyata Kewangan TH kerana tidak sepatutnya memberi Sijil Audit Bersih dengan Penegasan Perkara sahaja tetapi sepatutnya dinyatakan sebagai ketidakpatuhan.
Jurang antara aset dan liabiliti yang dikenal pasti pada akhir tahun 2017 terus meningkat melebihi RM10.0 bilion pada akhir tahun 2018.

Sekiranya tidak ditangani sebelum akhir tahun 2018, TH tidak dapat memenuhi syarat di bawah Akta Tabung Haji untuk mengisytiharkan sebarang Agihan Keuntungan.

Jika tiada tindakan ‘bailout’ oleh kerajaan pada masa itu, ia juga boleh menyebabkan krisis pasaran kewangan dan menggugat kestabilan negara apabila TH terpaksa menjual aset-aset pada harga terdesak di pasaran bagi memenuhi permohonan pengeluaran tunai yang besar dan tidak terkawal oleh pendeposit (deposit run) ketika TH gagal mengisytiharkan Agihan Keuntungan kepada pendepositnya.

Kerajaan dan TH berdepan dengan empat pilihan untuk melaksanakan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH dalam masa yang suntuk sebelum akhir 2018, dan telah memilih pelaksanaan penjualan aset-aset kurang berdaya saing dan bermasalah pada nilai premium kepada Kerajaan bagi menutup jurang antara aset dan liabiliti supaya TH kekal upaya (solven).

Syarikat Tujuan Khas (SPV) milik penuh Kerajaan iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) telah membeli aset-aset bernilai RM9.7 bilion pada jumlah RM19.9 billion untuk menutup defisit yang dihadapi dan membolehkan Agihan Keuntungan diisytihar bagi tahun 2018. Transaksi ini dibiayai oleh 2 siri sukuk terbitan UJSB yang diberi surat sokongan Kerajaan dengan kadar keuntungan 4.05% dan 4.10% setahun.

Namun bagi menjaga kepentingan TH, ia telah diberikan Right of First Refusal (Hak Keutamaan untuk Menolak) terhadap aset-aset yang dipindahkan jika UJSB bercadang untuk menjual aset tersebut ke pasaran. Hak Keutamaan untuk menolak tidak meletakkan sebarang kewajipan kepada TH untuk membeli semula. TH hanya memiliki keutamaan untuk membuat keputusan membeli sekiranya UJSB berhasrat untuk menjual aset tersebut pada masa hadapan tertakluk kepada penilaian komersil dan kesesuaian kepada kriteria pelaburan TH pada ketika itu.

Sepanjang penerbitan sukuk, UJSB juga telah membuat beberapa tawaran untuk menjual aset-aset kepada TH, namun kesemuanya tidak memenuhi penilaian kriteria TH. Pada tahun ini, setelah meneliti lagi aset aset yang ditawarkan oleh UJSB, TH telah membeli semula tanah di TRX pada harga pasaran semasa sebanyak RM270 juta berbanding harga asal penjualan kepada UJSB sebanyak RM400 juta. TH juga telah membeli semula ladang kelapa sawit UJ Estates (Holdings) Sdn Bhd pada harga RM695 juta berbanding harga penjualan asal RM800 juta.

Transaksi ini menunjukkan TH hanya akan mengambil alih semula aset yang memberi nilai tambah kepada portfolio pelaburan demi menjaga kepentingan para pendepositnya. Tindakan pemulihan yang diambil pada tahun 2018 adalah satu keputusan strategik untuk melindungi simpanan pendeposit dan memastikan kemampanan kewangan TH selepas pelbagai salah laku dari 2014 lagi yang memudaratkan TH. Memang tidak dinafikan, TH terpaksa menjalani proses penstrukturan untuk menyelamatkan TH.

Hasilnya, di bawah kepimpinan Pengerusi, Lembaga Pengarah serta pasukan pengurusan yang profesional dan berwibawa, TH kini berjaya kembali ke landasan yang lebih kukuh dan mampan melalui pelaksanaan pelan strategik, reformasi serta tadbir urus yang lebih baik, tanpa campur tangan kerajaan.

Kadar Agihan Keuntungan diisytihar TH telah bertambah baik dan stabil dengan pulangan meningkat daripada 1.25% bagi tahun 2018 kepada 3.25% bagi tahun 2024 dan 3.50% bagi tahun 2025. Agihan Keuntungan tersebut dibuat setelah mengambil kira rosot nilai aset-aset bermasalah yang tidak dapat dipindahkan ke UJSB pada akhir tahun 2018 atas sebab-sebab tertentu berjumlah RM2.6 bilion.

Kini kedudukan kewangan TH lebih kukuh dan TH juga telah mula membina semula rizab untuk masa depan yang lebih stabil.

Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH berjaya menangani kerugian pelaburan RM12.6 Bilion iaitu RM10 Bilion Melalui Pelan Pemulihan 2018 dan RM2.6 Bilion secara berperingkat sehingga hujung 2025. TH kekal komited untuk melindungi kepentingan para pendeposit, mengukuhkan kepercayaan awam, serta memastikan institusi ini terus beroperasi dengan penuh integriti dan bertanggungjawab.

LEMBAGA TABUNG HAJI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.