nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Agenda reformasi undang-undang, institusi diperkukuh

KENYATAAN MEDIA
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI)

Seiring komitmen Kerajaan MADANI bagi memperkukuh agenda reformasi undang-undang dan institusi melalui proses penggubalan undang-undang yang lebih telus dan inklusif berpaksikan penelitian Parlimen, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Pertama kedua-dua Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen bagi penelitian lanjut Rang Undang-Undang (RUU) Bidang Kuasa Admiralti 2026 dan RUU Kebebasan Maklumat 2026 seperti yang dipersetujui oleh Dewan Rakyat pada sidang bulan Julai yang lalu.

Cadangan penggubalan RUU Bidang Kuasa Admiralti 2026 bertujuan memodenkan kerangka perundangan maritim negara selaras dengan amalan terbaik antarabangsa bagi memperkukuh daya saing dan kedudukan Malaysia sebagai hab maritim global manakala cadangan penggubalan RUU Kebebasan Maklumat 2026 pula adalah bagi memperkukuh hak rakyat terhadap akses kepada maklumat melalui kerangka perundangan yang seimbang, telus dan bertanggungjawab.

Kedua-dua Jawatankuasa diberi tempoh tiga bulan melaksanakan penelitian menyeluruh terhadap beberapa aspek dan skop bagi setiap cadangan perundangan tersebut melalui beberapa siri mesyuarat yang bermula hari ini. Dalam proses ini, Jawatankuasa akan mengadakan libat urus bagi mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan bagi setiap cadangan termasuk kementerian, agensi Kerajaan, pakar-pakar perundangan, ahli akademik, badan-badan profesional, pemain industri, Majlis Peguam Malaysia serta wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) yang relevan dengan bidang kedua-dua RUU tersebut.

Kedua-dua JKPK yang memulakan mesyuarat pada hari ini akan meneruskan beberapa siri mesyuarat masing-masing sebelum memuktamadkan penelitian dan syor penambahbaikan untuk dikemukakan kepada Parlimen yang dijangka pada sidang berikutnya. Mesyuarat pada hari ini turut dihadiri oleh Ahli-ahli bagi kedua-dua Jawatankuasa iaitu:
• JKPK RUU Bidang Kuasa Admiralti 2026: Yang Berhormat Ipoh Barat, Limbang, Tebrau, Simpang Renggam, Sipitang, Stampin, Pulai, Lumut dan Padang Rengas (tidak hadir dengan maaf: Yang Berhormat Jerantut dan Kuala Terengganu)
• JKPK RUU Kebebasan Maklumat 2026: Yang Berhormat Selayang, Lubok Antu, Puchong, Bangi, Shah Alam, Kota Belud, Pasir Mas, Tasek Gelugor, Alor Setar dan Machang (tidak hadir dengan maaf: Yang Berhormat Kuala Pilah).

Pendekatan penelitian melalui JKPK ini mencerminkan keterbukaan dan komitmen Kerajaan MADANI untuk melaksanakan setiap agenda reformasi perundangan secara telus, inklusif dan berpaksikan penelitian Parlimen dalam memartabatkan kedudukan isntitusi negara.

DATUK SERI AZALINA OTHMAN SAID
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI)

Get real time updates directly on you device, subscribe now.