KENYATAAN MEDIA
SETIAUSAHA AGUNG UMNO
DATUK DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Adalah dimaklumkan bahawa Perhimpunan Agung UMNO Tahun 2026 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 9 September 2026 (Rabu)
- Sesi Taklimat Presiden
- Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO
Tarikh: 10 September 2026 (Khamis)
- Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO
Tarikh: 11 – 12 September 2026 (Jumaat dan Sabtu)
- Perhimpunan Agung UMNO
Semoga Perhimpunan Agung UMNO 2026 menjadi medan terbaik untuk memperkukuh ukhuwah dan kesatuan saf perjuangan, memperbaharui iltizam serta mempertegaskan komitmen seluruh warga parti dalam mendepani cabaran semasa.
Perhimpunan ini juga diharapkan menjadi platform untuk memperkukuhkan UMNO sebagai Rumah Bangsa tempat berteduhnya perjuangan orang Melayu dan Bumiputera serta wadah yang terus istiqamah mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

SETIAUSAHA AGUNG UMNO
DATUK DR ASYRAF WAJDI DUSUKI