nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KDN buru pelancong asing salah guna Pas Lawatan Sosial di Sabah

7 OGOS : Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesan segelintir pelancong asing menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial dengan menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan di Sabah.

Susulan itu, Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya sudah mengeluarkan arahan agar Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) menjalankan operasi penguatkuasaan secara bersepadu dengan agensi berkaitan.

“Perkara ini berlaku kerana terdapat segelintir pelawat asing yang memasuki negara menggunakan Pas Lawatan Sosial atas tujuan melancong, namun kemudiannya menjalankan aktiviti ekonomi dan perniagaan.

“Antaranya termasuk memiliki chalet atau resort melalui perkongsian dengan warga tempatan, menjadi rakan kongsi dalam perniagaan atau menguasai sepenuhnya sesuatu premis.

“Penglibatan mereka dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan seperti ini adalah satu kesalahan di bawah Akta Imigresen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Taklimat dan Tinjauan Keselamatan Bersama Perwakilan Asing ke Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) Tahun 2026, hari ini.

Menurut beliau, setiap pelanggaran yang dikesan akan disiasat sebelum tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang.

“Sekiranya didapati berlaku pelanggaran undang-undang di bawah akta yang kita kuatkuasakan atau akta di bawah bidang kuasa agensi lain, kertas siasatan akan dibuka. Tindakan boleh berakhir dengan kompaun atau pendakwaan, bergantung kepada kes.

“Tujuan kita jelas, iaitu menghantar isyarat bahawa negara ini terbuka kepada pelancong, tetapi mereka mesti mematuhi undang-undang negara.

“Kalau masuk sebagai pelancong, jangan menjalankan perniagaan. Sekiranya kita mengesan sebarang pelanggaran, tindakan akan diambil,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, keyakinan pelancong asing terhadap tahap keselamatan di Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE) terus meningkat apabila kawasan itu menerima 129,492 pelancong setakat Jun lalu.

Beliau berkata, sepanjang tempoh sama, sebanyak 897,293 pemeriksaan dilakukan di ESSZONE yang membawa kepada 307 tangkapan serta 38 rampasan bernilai RM23.37 juta.

Katanya, kerajaan juga sudah membelanjakan RM723 juta sejak penubuhan ESSCOM 13 tahun lalu bagi memperkukuh kawalan keselamatan melalui perolehan aset, kapal, radar, operasi serta keperluan lain.

Menurutnya, ancaman di ESSZONE bukan hanya melibatkan faktor luar, malah turut membabitkan penyeludupan, penyelewengan subsidi dan jenayah rentas sempadan yang memerlukan penguatkuasaan berterusan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.