nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan buat penghakiman politik laporan RCI TH : BN

13 OGOS : Barisan Nasional (BN) menegaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkait Lembaga Tabung Haji (TH) perlu diteliti secara objektif berasaskan fakta dan bukti, selain tidak dijadikan bahan penghukuman politik.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pendirian itu selaras dengan kepentingan memastikan ketelusan serta keyakinan 10 juta pendeposit TH terus terpelihara.

“RCI ialah mekanisme yang diwujudkan di bawah undang-undang negara untuk menyiasat isu berkepentingan awam.

“Laporan tersebut perlu diteliti secara objektif, berasaskan fakta dan bukti, bukannya dijadikan bahan penghukuman politik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata pembentangan dan perbahasan khas laporan RCI di Dewan Rakyat pada 11 Ogos lalu turut mengesahkan siasatan itu memfokuskan tempoh 2014 hingga 2020.

Sehubungan itu, BN berpandangan penelitian terhadap tadbir urus TH wajar mengambil kira keseluruhan sejarah institusi berkenaan termasuk perkembangan serta keputusan selepas 2020 dan peranan Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) sejak penubuhannya sehingga kini.

Menurut Zambry, dapatan RCI berkaitan tadbir urus, struktur kuasa, pemisahan fungsi serta mekanisme semak dan imbang perlu dijadikan asas untuk memperkukuh TH.

“Perkara-perkara ini perlu dilihat sebagai asas untuk memperkukuh institusi TH, bukan mencari keuntungan politik jangka pendek,” katanya.

Dalam pada itu, BN menyambut baik usaha penambahbaikan yang telah dilaksanakan, termasuk pelaksanaan syor-syor RCI dan berpandangan transformasi institusi itu perlu diteruskan secara konsisten.

Zambry berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sejak awal turut menyatakan sokongan supaya laporan RCI didedahkan di Parlimen dan dibahaskan secara khas.

Malah, katanya, Ahmad Zahid turut mencadangkan supaya penelitian diperluaskan bagi memastikan ketelusan terhadap pengurusan TH dapat dilakukan secara menyeluruh.

“Ini menunjukkan bahawa BN tidak pernah mengambil pendirian untuk menutup ruang penelitian awam terhadap isu TH,” katanya.

Beliau berkata, TH bukan sekadar sebuah entiti kewangan, sebaliknya institusi umat Islam yang memikul amanah besar dalam pengurusan simpanan, pelaburan dan urusan ibadah haji.

Justeru, semua pihak diminta mengelakkan tuduhan melulu, penghakiman politik sebelum proses perundangan selesai serta naratif yang boleh menjejaskan keyakinan pendeposit tanpa asas yang bertanggungjawab.

Menurutnya, sidang khas Parlimen telah membuka ruang luas untuk penelitian awam terhadap laporan RCI TH.

Zambry berkata, tumpuan selepas ini perlu diberikan kepada usaha memperkukuh tadbir urus TH, memastikan syor penambahbaikan dilaksanakan sepenuhnya serta memelihara keyakinan pendeposit dan umat Islam terhadap institusi itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.