nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PM Anwar tegaskan Kerajaan MADANI tidak sokong perjudian

29 OGOS : Kerajaan Madani tidak pernah menyokong kegiatan perjudian, malah mengambil langkah mengurangkan jumlah cabutan khas nombor ramalan sebagai usaha membendung aktiviti berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kekerapan cabutan khas itu dikurangkan daripada 22 kali kepada hanya lapan kali setahun sejak beliau menerajui pentadbiran negara.

“Orang kata Anwar ini tauke judi. Saya tidak sokong orang judi. Sebelum saya jadi Perdana Menteri, semasa kerajaan dulu perintah, cabutan (nombor ramalan) setahun ialah 22 kali.

“Saya buat secara berperingkat. Saya turunkan daripada 22 kali, jadi lapan kali setahun. Kamu hendak maki saya pasal apa?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Skim Usahawan Bangkit (SUB) Madani Permatang Pauh di Penanti, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pengurangan jumlah cabutan itu merupakan antara langkah kerajaan untuk mengekang kegiatan perjudian.

Beliau menegaskan, tidak wajar dirinya dipersalahkan atas dasar berkaitan cabutan nombor ramalan yang dilaksanakan oleh pentadbiran terdahulu.

Kelmarin, Kementerian Kewangan (MoF) mengeluarkan kenyataan yang menegaskan Kerajaan MADANI tidak pernah mengeluarkan lesen atau permit perjudian baharu serta tidak menambah bilangan premis perjudian sejak mengambil alih pentadbiran Persekutuan pada akhir 2022.

Menurut kementerian itu, kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung isu lesen judi di negeri itu baru-baru ini mengelirukan kerana memberi gambaran seolah-olah kerajaan tidak mengawal aktiviti perjudian atau meluluskan lesen baharu.

Berdasarkan rekod, Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan (PH) pada 2020 memutuskan untuk mengurangkan kekerapan cabutan khas daripada 22 kepada lapan kali setahun.

Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) pada tahun sama memutuskan untuk meningkatkan atau mengembalikan semula kekerapan cabutan khas kepada 22 kali setahun.

*Foto : Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.