nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Komitmen melebihi peruntukan, KKDW bukan belanja sesuka hati

3 SEPT : Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) tidak berbelanja melebihi peruntukan sesuka hati dalam melaksanakan projek Jalan Luar Bandar (JALB).

Sebaliknya, Setiausaha Akhbar Menteri KKDW, Fadzmel Fadzil berkata setiap projek dilaksanakan berdasarkan kelulusan kerajaan dan peruntukan ditetapkan Kementerian Kewangan (MoF).

Tegasnya, dakwaan mengenai ‘komitmen melebihi peruntukan’ perlu difahami berdasarkan tatacara belanjawan kerajaan termasuk bayaran projek terdahulu yang tertangguh.

Menurutnya, KKDW berperanan memohon peruntukan projek JALB sebelum menyalurkannya kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku agensi pelaksana serta jabatan teknikal bagi urusan tender, pelaksanaan dan bayaran kepada kontraktor.

“Percayalah, KKDW bukan mencipta sendiri projek-projek tersebut. KKDW mengemukakan permohonan peruntukan dengan tapisan Kementerian Kewangan melalui Budget Screening dan setelah peruntukan diterima terus disalurkan kepada JKR selaku agensi pelaksana dan jabatan teknikal untuk membuat pembayaran bagi projek yang sudah diluluskan kerajaan mengikut Arahan Perbendaharaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fadzmel berkata dari 2016 hingga 2026, sebanyak 517 projek baharu JALB bernilai RM36.6 bilion diluluskan kepada KKDW sedangkan jumlah peruntukan tahunan diterima daripada MOF dalam tempoh sama sekitar RM12 bilion.

Katanya, perbezaan nilai itu berlaku kerana projek baharu terus diluluskan setiap tahun berdasarkan keperluan pembangunan luar bandar yang dinamik termasuk faktor ekonomi, geografi dan keperluan pascabencana seperti banjir.

“Sebagai contoh pada tahun 2024 sahaja, 79 projek baharu bernilai hampir RM6.9 bilion telah diluluskan. Walaupun, sehingga hari ini terdapat 415 projek JALB yang masih perlu diurus dan dilaksanakan dengan kos keseluruhan melebihi RM34 bilion,” katanya.

Fadzmel turut menjelaskan angka komitmen lebih tinggi dalam jadual perbelanjaan KKDW bukan menunjukkan wujudnya perbelanjaan baharu, sebaliknya turut merangkumi bayaran tertangguh bagi tempoh 2019 hingga 2021.

Menurutnya, keadaan itu boleh berlaku apabila sesuatu projek lewat dilaksanakan, termasuk akibat pandemik COVID-19, menyebabkan peruntukan tahun terdahulu tidak digunakan sebelum tuntutan kontraktor dibuat selepas projek disambung.

“Lebihan yang diperlihatkan adalah hutang kerajaan yang dibawa ke tahun berikutnya. Bukan komitmen baharu.

Beliau berkata KKDW tetap perlu menyediakan peruntukan bagi melangsaikan tuntutan tertangguh itu termasuk melalui pindahan peruntukan dalaman sebelum waran disalurkan kepada JKR untuk membayar kontraktor.

Fadzmel menegaskan perbelanjaan JALB bagi tempoh 2022 hingga 2025 kekal dalam lingkungan peruntukan dipinda tersedia dan berharap penjelasan itu dapat mengelakkan salah tafsir terhadap pengurusan peruntukan projek berkenaan.

Terdahulu Menteri KKDW yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempertikaikan kelewatan bayaran diterima bagi projek JALB di bawah kementeriannya itu hingga menyebabkan ada syarikat yang terpaksa gulung tikar.

Susulan itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican menjelaskan tiada sekatan dikenakan terhadap peruntukan KKDW bagi projek JALB seperti didakwa, sebaliknya kekangan pembayaran kepada kontraktor berpunca daripada lebihan komitmen berbanding peruntukan semasa.

Jelasnya, peruntukan JALB KKDW sudah disalurkan sepenuhnya, namun kementerian itu sebelum ini membuat komitmen serta perbelanjaan melebihi jumlah peruntukan tahunan diluluskan.

Namun, Fadzmel menafikan perkara itu dengan menegaskan KKDW tidak boleh berbelanja melebihi peruntukan diluluskan berdasarkan Tatacara Pengurusan Kewangan Kerajaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.