nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anwar perkukuh hubungan Malaysia dengan Iran, India, Ethiopia

12 SEPT : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkukuh hubungan Malaysia dengan Iran, India dan Ethiopia menerusi pertemuan dua hala dengan pemimpin ketiga-tiga negara itu di New Delhi, hari ini.

Dalam pertemuan dengan Presiden Iran, Dr Masoud Pezeshkian, Anwar menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap konflik yang berlarutan serta ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.

Anwar berkata, Malaysia menggesa semua pihak menghentikan tindakan yang boleh memburukkan keadaan, kembali ke meja rundingan serta mengutamakan dialog dan diplomasi bagi menyelesaikan pertikaian secara aman.

“Malaysia berpendirian bahawa kebebasan dan keselamatan laluan maritim melalui Selat Hormuz perlu terus dipelihara selaras dengan undang-undang antarabangsa.

“Sebarang gangguan akan membawa kesan besar terhadap keselamatan tenaga, perdagangan dan ekonomi dunia,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, Malaysia dan Iran turut meneroka usaha memperluas perdagangan dan pelaburan dalam sektor tenaga, pertanian, minyak sawit, keterjaminan makanan, industri halal, teknologi serta pendidikan tinggi.

Sementara itu, pertemuan beliau dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi memberi tumpuan kepada usaha memperluas kerjasama strategik, khususnya dalam industri semikonduktor.

Anwar berkata, Malaysia dan India mempunyai kekuatan yang saling melengkapi untuk digembleng menerusi kerjasama industri, integrasi rantaian bekalan, pembangunan bakat dan pelaburan dua hala.

“Saya juga membangkitkan keperluan untuk memudah cara dan mempercepat kemasukan barangan eksport Malaysia ke pasaran India bagi membuka ruang lebih luas kepada syarikat Malaysia memanfaatkan potensi pasaran India yang besar dan berkembang pesat.

“Insya-Allah, Malaysia dan India akan terus memperkukuh persahabatan ini yang saling menguntungkan demi kemakmuran rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Ethiopia, Dr Abiy Ahmed Ali, Anwar berkata Malaysia dan Ethiopia berpotensi memperluas kerjasama dalam industri halal, pertanian, keterjaminan makanan, farmaseutikal, perkhidmatan digital, tenaga boleh baharu dan pelancongan.

Katanya, potensi berkenaan perlu diterjemahkan kepada kerjasama yang lebih kukuh susulan momentum positif hubungan kedua-dua negara selepas kunjungan Abiy ke Malaysia pada 2024 dan lawatan balasnya ke Ethiopia tahun lalu.

“Pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa pada September tahun lalu setelah 43 tahun telah menandakan lembaran baharu dalam hubungan kedua-dua negara. Justeru, saya mengundang Ethiopia untuk membuka kedutaannya di Kuala Lumpur.

“Saya turut menzahirkan penghargaan atas dukungan Ethiopia terhadap penglibatan Malaysia dalam BRICS,” katanya.

Kedua-dua negara turut bersetuju mengadakan Rundingan Dua Hala pertama di Kuala Lumpur tahun depan bagi menterjemahkan persetujuan kepada tindakan nyata.

Anwar kini mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 bagi membawa kepentingan negara dalam platform kerjasama antarabangsa itu.

*Foto : Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Get real time updates directly on you device, subscribe now.