nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan pilih kasih dalam siasatan manipulasi AI

12 SEPT : UMNO mahu tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam manipulasi politik menggunakan kecerdasan buatan (AI) tanpa mengira parti atau pihak yang terlibat.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara adil supaya undang-undang tidak digunakan dengan ukuran berbeza terhadap pihak yang berlainan.

“Jika penyokong parti pemerintah melanggar undang-undang, ambil tindakan. Jika penyokong parti pembangkang melanggar undang-undang, ambil tindakan.

“Undang-undang tidak boleh mempunyai satu ukuran untuk kawan dan satu lagi ukuran untuk lawan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu susulan laporan mengenai penggunaan AI bagi mempengaruhi perbincangan politik di Malaysia, termasuk operasi yang didedahkan Anthropic membabitkan kira-kira 1,000 akaun X palsu, laman berita rekaan dan kandungan mengandungi tuduhan palsu.

Azalina berkata, walaupun belum ada bukti operasi itu berjaya mengubah keputusan pilihan raya atau pendirian pengundi, pendedahan berkenaan tetap perlu disiasat.

Menurutnya, persoalan utama yang perlu dijawab ialah pihak yang mengendalikan operasi berkenaan, sumber pembiayaannya serta kepentingan di sebalik operasi itu.

Dalam pada itu, beliau turut berkata pihaknya mengambil maklum penjelasan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung laporan berkenaan.

Namun, katanya, siasatan dan tindakan penguatkuasaan perlu dilakukan secara adil serta sama rata tanpa mengira parti atau pihak yang terlibat.

Katanya, Penerangan UMNO turut mengingatkan rakyat supaya tidak mudah menganggap jumlah komen atau interaksi tinggi di media sosial sebagai gambaran sebenar pendapat majoriti.

“Banyak komen tidak semestinya bermakna ramai rakyat berpendapat begitu. Komen yang paling kuat, paling banyak atau paling kerap diulang juga tidak semestinya benar,” katanya.

Menurut Azalina, akaun palsu atau bot berasaskan AI boleh digunakan untuk menghasilkan komen dalam jumlah besar bagi menyokong sesuatu pihak atau menyerang pihak lain sehingga mewujudkan gambaran seolah-olah pandangan itu mendapat sokongan ramai.

Beliau menegaskan rakyat tetap mempunyai hak untuk mengkritik parti, kerajaan atau mana-mana pemimpin, dengan kritikan berasaskan fakta perlu dihormati.

Pada masa sama, UMNO menyeru orang ramai supaya menyemak sumber dan fakta serta membezakan berita dengan pendapat sebelum mempercayai kandungan di media sosial.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.