nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Isu Rohingya ‘bom jangka’ yang boleh jadi ‘bom nuklear’

5 OKT : Sudah bertahun-tahun Malaysia menjadi tempat berlindung ribuan pelarian Rohingya, namun sampai bila beban itu perlu ditanggung seorang diri.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata isu berkenaan semakin serius dan perlu ditangani segera sebelum memberi kesan lebih besar terhadap kestabilan negara.

Menurutnya, isu pelarian Rohingya kini ibarat ‘bom jangka’ yang berulang kali meletup dan boleh berubah menjadi ancaman lebih besar jika tiada penyelesaian tegas.

“Isu pelarian Rohingya ibarat ‘bom jangka’ yang meletup dari tahun ke tahun dan jika tidak diselesaikan dengan tegas dan segera, boleh menjadi ‘bom nuklear’ yang mampu menggugat kestabilan politik serta sistem nilai moral negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan Pengurusan Pelarian di Malaysia di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Syed Saddiq, Malaysia sejak sekian lama menunjukkan sikap berperikemanusiaan dengan menerima ratusan ribu pelarian daripada pelbagai konflik termasuk dari Vietnam, sebelum mereka ditempatkan semula di negara maju.

Namun, katanya, pendekatan sama tidak berlaku kepada komuniti Rohingya apabila janji pembahagian beban oleh negara jiran dan kuasa besar tidak ditunaikan.

Beliau berkata statistik rasmi menunjukkan Malaysia kini menampung lebih 130,000 pelarian Rohingya, berbanding Indonesia yang merekodkan kurang 2,600 pelarian, Thailand kurang 500 dan India kurang 20,000.

“Ini menunjukkan janji tidak tertunai. Malaysia akhirnya perlu serap segala masalah tetapi diserap sekadar perseorangan sambil yang lain kekal bahagia, seperti kita saja yang perlu menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Menurut Syed Saddiq, keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila angka tidak rasmi pelarian di Malaysia kini mencecah 200,000 orang, sedangkan negara kaya dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) lebih kukuh mengambil kurang 1,000 pelarian.

Beliau turut mempersoalkan peranan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) serta negara yang sebelum ini menjanjikan Malaysia hanya menjadi lokasi transit sementara sebelum pelarian ditempatkan di negara ketiga.

Pada masa sama, katanya, Malaysia turut berdepan kritikan antarabangsa walaupun negara Eropah dan United Kingdom (UK) mengambil pendekatan lebih tegas terhadap kemasukan pelarian dan pendatang di sempadan mereka.

Syed Saddiq berkata keadaan itu turut memberi ruang kepada sindiket penyeludupan manusia menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama kerana dilihat sebagai lokasi selamat..

“Adakah kita lupa apa yang terjadi di Wang Kelian, di mana lebih 150 kubur dijumpai, membabitkan mereka yang dibunuh oleh sindiket berkenaan.

“Kenapa di Malaysia? Kerana Malaysia dilihat sebagai tempat selamat. Jika Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak tegas bertindak, kita secara tidak langsung sedang memberikan insentif kepada penyeludup ini untuk terus membawa ribuan atau puluhan ribu datang ke Malaysia,” katanya.

Bagi menangani isu itu, Syed Saddiq mencadangkan TLDM dan APMM mengamalkan dasar sifar toleransi terhadap kemasukan pendatang haram melalui jalan laut.

Beliau pada masa sama mahu Malaysia tidak lagi bergantung kepada janji penempatan semula oleh negara maju, sebaliknya membawa isu pembahagian tanggungjawab itu ke peringkat ASEAN.

“Kita tidak lagi boleh membenarkan dan percaya kepada janji negara maju ini, seperti penempatan semula, biar sementara (di Malaysia), akan proses dan ambil, tidak lagi. Biar negara jiran turut ambil beban ini, bawa kepada ASEAN.

“Jika pihak negara Barat nak kritik kita, minta mereka untuk sediakan tempat, bukan setakat Malaysia semata-mata. Kita perlu adakan solusi dwipartisan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.