nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

5 OKT : Kedudukan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kekal seperti yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).

Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) berkata, tiada kekosongan berlaku pada jawatan berkenaan kerana tiada proses yang ditetapkan undang-undang untuk menamatkan tempoh pemerintahan Tuanku Muhriz dilaksanakan.

Setiausaha Dewan, Raja Norazli Raja Nordin berkata, Tuanku Muhriz dipilih oleh para Undang dan dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar ke-11 pada 29 Disember 2008 sebelum ditabalkan secara rasmi pada 26 Oktober 2009.

Menurutnya, baginda terus memegang jawatan berkenaan selain menjalankan fungsi sebagai Yang Dipertua Dewan di bawah Perkara 19 UUTKNS.

“UUTKNS 1959 memperuntukkan satu-satunya cara yang sah bagi jawatan tersebut menjadi kosong, jika dikatakan bahawa para Undang telah menyeru Duli Yang Maha Mulia supaya berundur atau turun takhta, Perkara 10 mensyaratkan penyiasatan yang secukupnya dan sepenuhnya oleh para Undang; suatu penentuan bahawa wujud alasan yang dinyatakan dalam Perkara 10 tersebut.

“Pelaksanaan kuasa itu oleh orang-orang yang memegang jawatan Undang secara sah dalam bilangan yang dikehendaki oleh Perkara 29 dan suatu proklamasi di bawah Perkara 10(2),” katanya dalam perutusan rasmi.

Raja Norazli berkata, tiada satu pun daripada syarat berkenaan dipenuhi.

Sehubungan itu, katanya, Tuanku Muhriz terus menjalankan fungsi sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sejak 19 April lalu, manakala Dewan terus bersidang dengan baginda sebagai Yang Dipertua.

Beliau berkata, keadaan itu bermakna tiada kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Besar, sekali gus Perkara 11 UUTKNS tidak boleh digunakan untuk memilih pengganti selagi jawatan berkenaan masih dipegang secara sah.

“Tempoh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz memegang jawatan tersebut hanya boleh ditamatkan menurut cara yang diperuntukkan oleh UUTKNS 1959.

“Dewan tidak mengiktiraf mana-mana orang lain sebagai memegang jawatan tersebut,” katanya.

Dalam perutusan sama, Raja Norazli turut menjelaskan isu berkaitan Luak Sungei Ujong dan menegaskan tiada campur tangan Tuanku Muhriz dalam urusan Luak berkenaan ketika sesi persidangan pada 17 April lalu.

Katanya, rekod Dewan menunjukkan perkara yang dibawa ke hadapan Dewan ialah aduan wakil Telaga Undang Luak Sungei Ujong, iaitu Ibu Soko dan Waris Klana Hulu.

“Mereka telah memberhentikan Mubarak Thahak @ Dohak daripada jawatan Undang menurut adat Luak tersebut, melalui surat pemberhentian yang diserahkan pada 13 Mei 2025.

“Tuanku Muhriz dengan jelas menegaskan bahawa kuasa adat untuk memilih, melantik dan memberhentikan Undang terletak pada Luak itu sendiri di bawah Perkara 14(1) dan (3), dan bahawa mana-mana Ahli Dewan, ‘termasuk Tuanku sendiri’, tidak mempunyai kuasa untuk menyokong atau menolak keputusan Luak sedemikian,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.