nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dokumen Lembaga Pengampunan didedah, ini jawapan menteri

22 NOV : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akhirnya buka mulut berkait penyebaran minit mesyuarat Lembaga Pengampunan yang didedahkan pemimpin DAP, Tony Pua, baru-baru ini hingga mencetuskan perdebatan di media sosial.

Namun beliau berkata, kerajaan tidak berada dalam kedudukan untuk memberikan penjelasan lanjut berhubung perkara itu.

“(Sepatutnya dokumen itu tidak didedah kan Datuk Seri?) Saya tak mahu komen lebih daripada itu. Soal dedah, siapa dedah, apa tujuan dedah, saya tak ada.. Government is not in the position to explain on that lah, kan?” katanya.

Saifuddin berkata demikian ketika ditemui selepas program PDRM Fun Run 2026 di Dataran Merdeka, hari ini.

Mengulas status dokumen berkenaan, beliau menjelaskan pengklasifikasiannya dibuat susulan tindakan Majlis Peguam yang memulakan semakan kehakiman berhubung tahanan rumah yang dijalani bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, Peguam Negara (AG) perlu mengemukakan afidavit balas bagi menjawab cabaran berkenaan, dengan kandungan afidavit itu perlu merangkumi perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan terbabit.

“Majlis Peguam mencabar berkenaan dengan isu tahanan rumah. Maknanya dia mahukan supaya dibuat semakan kehakiman. Sudah tentu bagi pihak kerajaan, AGC (Jabatan Peguam Negara) kena mengemukakan afidavit balas.

“Jadi, dalam mengemukakan afidavit balas, antara kandungan penting yang mesti dimasukkan adalah berkenaan dengan mesyuarat Lembaga Pengampunan yang berkenaan, yang semuanya diminitkan. Tentunya dokumen itu perlu diklasifikasikan dahulu, bagi membolehkan Peguam Negara untuk membuat satu afidavit balasan,” katanya.

Beliau berkata, proses pengklasifikasian itu perlu dilihat dalam konteks keperluan kerajaan menyediakan jawapan melalui afidavit bagi prosiding semakan kehakiman berkenaan.

“Saya tak nak komen lebih daripada itu dulu. Saya cuma kata apakah satu proses diklasifikasi dibuat kerana satu permintaan untuk semakan kehakiman telah pun dimulakan oleh Majlis Peguam.

“Jadi AG mesti menjawablah. Untuk menjawab mesti melalui afidavit. Afidavit akan hanya lengkap jika apa nama, perkara yang berlaku dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan itu dimasukkan di dalam kandungan afidavit,” katanya.

Pada 18 September lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat terhadap Najib yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara kes SRC International di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Najib melunaskan denda itu pada 6 November lalu, namun AGC menangguhkan pelaksanaan tahanan rumah sementara bagi membolehkan penelitian lanjut dibuat berhubung perintah pengampunan berkenaan.

Pada 10 November, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Najib menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah, sebelum Majlis Peguam memfailkan permohonan semakan kehakiman sehari kemudian bagi mencabar keputusan berkenaan.

Isu itu kembali menjadi perhatian apabila bekas Ahli Parlimen DAP, Tony Pua pada 18 November mendedahkan minit mesyuarat Lembaga Pengampunan yang antara lain merekodkan bantahan Peguam Negara, Tan Sri Dusuki Mokhtar dan Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh terhadap pelaksanaan tahanan rumah Najib.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.