nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia hanya kenakan tarif 5.6 peratus terhadap import AS

5 MEI : Pengiraan tarif timbal balik dikenakan Washington terhadap Malaysia sebanyak 24 peratus tidak menggambarkan keadaan sebenar selain tidak berlandas kepada teori ekonomi yang kukuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS) kononnya tarif dikenakan terhadap import AS ke Malaysia adalah 47 peratus.

Sebaliknya, tegas Anwar, tarif yang dikenakan ke atas AS hanya 5.6 peratus.

Katanya, tarif timbal balik yang dikenakan itu dipandang serius namun mengambil kira kepentingan AS sebagai destinasi eksport dan pelaburan terbesar.

“Kerajaan menolak dakwaan AS bahawa Malaysia telah mengenakan tarif 47 peratus ke atas import AS ke Malaysia. Ini tidak benar dan disanggah oleh kebanyakan negara kerana jumlah import AS dari Malaysia pada 2024 itu mesti diukur secara menyeluruh dan tidak digunakan sebagai asas untuk mengenakan tarif timbal balas sebanyak 24 peratus.

“Jadi, kita menganggap pengiraan ini tidak mencerminkan tahap tarif sebenar dan tidak berlandaskan teori ekonomi yang kukuh.

“Wakil kita Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz) telah mengemukakan secara langsung kepada kepimpinan AS dalam isu tersebut.

“Secara purata tarif yang dikenakan ke atas import barangan AS hanyalah pada kadar 5.6 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan Sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkait tarif Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Pada 24 April lalu,  Tengku Zafrul bersama delegasi berlepas ke AS selama dua hari untuk bertemu Wakil Perdagangan AS (USTR) Jamieson Greer dan pegawai lain bagi merundingkan tarif yang dikenakan terhadap Malaysia.

Tarif itu kini dalam tempoh penangguhan selama 90 hari bagi memberi laluan kepada rungingan kecuali China.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.