nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PRN Sabah: BN masih buka pintu rundingan

8 MEI : Menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17), Barisan Nasional (BN) masih membuka pintu rundingan kepada parti-parti tempatan selain Pakatan Harapan (PH).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini termasuk dengan parti kerajaan sekarang ini, Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata rundingan agihan kerusi juga masih berjalan tanpa ada sebarang ketetapan setakat ini.

Ia sekali gus menepis dakwaan kononnya agihan kerusi untuk BN 40 sementara PH 33 kerusi.

“Kami telah membuat keputusan bahawa pertamanya kerjasama antara BN dan PH mesti diperkuatkan di Sabah. Kedua, keputusannya ialah BN, PH plus plus plus.

“Jadi kita serahkan kebijaksanaan kepada kepimpinan BN di Sabah dengan panduan daripada pusat untuk mencari jalan paling bijak bagi menentukan dominasi kesepakatan ini untuk PRN17 di Sabah.

“Kita tidak tutup pintu. Prinsip kita, kita tidak buka pintu seluas-luasnya dan tidak tutup serapat-rapatnya. Jadi ertinya masih ada ruang yang luas bagi jalinan kerjasama politik di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Francais ASEAN dan Pameran Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2025, hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata program itu merupakan perhimpunan mega industri francais dalam rantau ASEAN.

“Alhamdulillah, kita sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia bukan sahaja menjadi tuan rumah, malah mampu menjadi peneraju dalam membentuk ekosistem francais serantau yang mampan dan inklusif.

“Kehadiran delegasi antarabangsa dari pelbagai negara ASEAN serta pemeteraian deklarsi bersama oleh enam persatuan francais serantau merupakan satu titik sejarah penting ke arah penyatuan dan kerjasama ekonomi berasaskan francais,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid lagi, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia bertekad untuk memastikan pertumbuhan ekonomi rantau ini bukan hanya digerakkan oleh kerajaan semata-mata, tetapi turut dipacu sektor swasta yang dinamik.

“Ini termasuk industri francais yang menyumbang lebih RM36 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menyediakan lebih 68,000 peluang pekerjaan di negara kita.

“Saya juga mengambil peluang untuk memperkukuh peranan industri halal dan pelancongan melalui pendekatan francais, memanfaatkan kedudukan Malaysia sebagai hab halal nombor satu dunia.

“Potensi pasaran halal ASEAN yang bernilai AS$ 900 bilion perlu direbut oleh usahawan kita, terutama generasi muda,” katanya.

Katanya, untuk tujuan itu, beberapa inisiatif dicadangkan termasuk 𝐴𝑆𝐸𝐴𝑁 𝐹𝑟𝑎𝑛𝑐ℎ𝑖𝑠𝑒 𝐴𝑐𝑐𝑒𝑙𝑒𝑟𝑎𝑡𝑜𝑟, 𝐴𝑆𝐸𝐴𝑁 𝑈𝑛𝑖𝑣𝑒𝑟𝑠𝑖𝑡𝑦 𝐹𝑟𝑎𝑛𝑐ℎ𝑖𝑠𝑒 𝐵𝑢𝑠𝑖𝑛𝑒𝑠𝑠 𝐶ℎ𝑎𝑙𝑙𝑒𝑛𝑔𝑒 dan 𝐶𝑒𝑙𝑒𝑏𝑟𝑎𝑡𝑖𝑛𝑔 𝑊𝑜𝑟𝑙𝑑 𝐹𝑟𝑎𝑛𝑐ℎ𝑖𝑠𝑒 𝐷𝑎𝑦 agar francais tempatan dapat melonjak ke pasaran global.

“Insya-Allah, inisiatif seperti ini akan terus kita pacu sebagai jambatan integrasi serantau dan pemangkin utama mobiliti sosial serta ekonomi rakyat Malaysia, dalam usaha memperkukuh jaringan ekonomi rakyat di peringkat serantau,” katanya.

*Foto : Facebook Zahid Hamidi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.