14 JUN : Thailand dan Kemboja memulakan rundingan bagi menyelesaikan pertikaian sempadan yang sudah berlarutan sekian lama dan kembali panas, bulan lalu.
Pertemuan pegawai kedua negara itu berlangsung di Phnom Penh Kemboja, hari ini.
Delagasi Thailand diketuai Penasihat Kementerian Luar, Prasart Prasartvinitchai sementara Kemboja dipimpin Menteri Sekretariat Hal Ehwal Sempadan, Chea Lam.
Setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan oleh kedua-dua pihak.
Pertikaian Thailand-Kemboja berpunca daripada proses penentuan sempadan sepanjang 800 kilometer (500 batu) yang kebanyakannya dilakukan ketika penjajahan Perancis ke atas Indochina.
Pada 28 Mei lalu, tentera Thailand dan Kemboja saling berbalas tembakan di kawasan Segitiga Zamrud iaitu titik pertemuan sempadan Kemboja, Thailand dan Laos hingga menyebabkan seorang askar Kemboja terbunuh.
*Foto : Facebook SouthEast Asian Gallery