nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

GST tidak akan diperkenal semula ketika ini : PM

20 JUN : Kerajaan tidak merancang untuk mengembalikan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) buat masa ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meski sistem percukaian GST itu telus namun ia masih belum sesuai dilaksanakan susulan pendapatan rakyat di negara ini masih rendah.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan ia hanya akan diperkenal semula sekiranya pendapatan rakyat sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan.

“Saya masih ingat jawapan saya di Parlimen, GST itu adalah sistem percukaian yang efisien dan telus. Pada masa itu, saya di Kementerian Kewangan dan saya sendiri menyokongnya. Tapi akhirnya kita terpaksa tangguhkan pelaksanaannya kerana tahap pendapatan rakyat terlalu rendah.

“Katalah gaji minimum RM4,000, mungkin pada masa itu kita boleh laksanakan. Tetapi sekarang ini, masih ramai yang bergaji RM1,700 atau RM2,000. Mungkin saya tidak bijak dalam membuat keputusan ketika itu, tetapi niat saya jelas, saya tidak mahu memperkenalkan cukai yang memberi kesan dan menyusahkan rakyat.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, hari ini.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 Julai ini yang menerima pelbagai reaksi.

Kerajaan akan mengenakan Cukai Jualan ke atas barangan yang dikeluarkan dalam negara serta barangan yang diimport.

Ini termasuk buah-buahan yang diimport seperti buah-buahan tropika seperti pisang, nanas dan rambutan tertakluk pada cukai 5 peratus.

Dalam ucapan sama, Anwar berkata pentadbirannya komited untuk mengurangkan hutang negara meski dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

Katanya, setakat ini kerajaan berjaya mengurangkan hutang negara tahun demi tahun.

“Banyak pihak bercakap mengenai hutang negara seolah-olah kita menambah beban, sedangkan kita sebenarnya berjaya mengurangkan hutang tahunan secara konsisten.

“Pada 2022, hutang baharu sekitar RM100 bilion, turun kepada RM90 bilion pada 2023, RM85 bilion pada 2024 dan unjuran tahun ini ialah RM80 bilion.

“Kita sudah kurangkan hampir RM20 bilion dalam tempoh beberapa tahun. Ini bukan retorik, tetapi hasil pengurusan fiskal berhemah dan disiplin perbelanjaan yang kita amalkan,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.