nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gaza: Masyarakat antarabangsa tidak boleh lagi diam diri

5 JUL : Keganasan dan pencabulan hak asasi manusia di Gaza perlu tindakan tegas masyarakat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keganasan itu tidak boleh lagi ditanggapi dengan sikap berdiam diri.

“Dalam konteks global, saya suarakan keprihatinan mendalam terhadap tragedi kemanusiaan di Gaza yang menuntut tindakan segera dan tegas masyarakat antarabangsa.

“Keganasan yang berterusan dan pencabulan hak asasi manusia tidak boleh lagi ditanggapi dengan sikap berdiam diri.

“Keadilan tidak boleh bersifat terpilih. Nilai hak asasi dan maruah manusia harus dilindungi untuk semua, tanpa mengira bangsa, agama atau geografi,” katanya.

Beliau berkongsi intipati ucapannya ketika menyampaikan syarahan bertajuk ‘Southeast Asia and Europe: Recalibrating the Terms of Engagement’ di Universiti Sorbonne, Perancis.

Dalam syarahan sama, Anwar turut mengangkat isu Islamofobia yang semakin berleluasa di sesetengah tempat di Eropah.

“Dalam dunia yang semakin terpolarisasi, saya percaya dialog antara budaya, ketamadunan dan agama mesti terus diperkasa. Sejarah telah membuktikan bahawa peradaban Islam dan Barat pernah menjalin kerjasama yang membuahkan kemajuan bersama.

“Maka, tugas kita kini ialah membina semula jambatan kepercayaan, menjadikan perdagangan, teknologi dan nilai kemanusiaan sebagai medium perpaduan, bukan perseteruan,” katanya.

Selain itu, Anwar menegaskan keperluan untuk merombak semula bentuk hubungan antara Asia Tenggara dan Eropah agar lebih adil, setara dan saling menghormati.

“Hubungan ini harus dibina atas dasar kesaksamaan dan kepercayaan bersama, bukan berlandaskan dominasi atau warisan penjajahan yang lama membelenggu hubungan antarabangsa.

“Saya turut mengangkat suara Asia Tenggara sebagai rantau yang dinamik, matang secara politik dan berkembang pesat secara ekonomi.

“Malaysia selaku Pengerusi ASEAN komited untuk memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa berasaskan prinsip keamanan, kemakmuran bersama serta kedaulatan yang dihormati,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Eropah dan Asia adalah dua dunia yang berbeza, namun perbezaan bukan alasan untuk berpecah.

“Sebaliknya, dengan tekad dan keberanian moral, kita mampu melangkaui batas lama dan bersama-sama membentuk masa depan yang lebih adil, inklusif dan bermaruah untuk generasi akan datang,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.