nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia sokong Kerangka Mengenai Pembiayaan Iklim BRICS

8 JUL : Malaysia menyokong penuh Kerangka Mengenai Pembiayaan Iklim BRICS.

Namun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan keperluan menterjemah deklarasi kepada tindakan konkrit.

“Ini termasuk pengwujudan instrumen pembiayaan yang lebih berkesan, akses saksama kepada dana konsesi dan penyelarasan yang lebih erat antara institusi kewangan serantau serta global,” katanya dalam satu kenyataan pada hari terakhir Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS.

Mengulas lanjut, Anwar yang mewakili negara ke sidang kemuncak ke-17 di Brazil berkata Malaysia kekal komited kepada peralihan karbon rendah yang boleh dipercayai dan adil berpaksikan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETP) serta sasaran pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

“Namun saya tekankan bahawa dasar tanpa sumber tidak akan membuahkan hasil. Pembiayaan iklim hari ini masih jauh daripada mencukupi, terutamanya bagi negara membangun yang terdedah kepada risiko iklim berganda.

“Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia sedang memacu agenda memperkukuh kesepaduan serantau dalam tindakan iklim, memperluas akses kepada pembiayaan hijau, menyeragamkan piawaian dan menjadikan Asia Tenggara sebagai hab pelaburan mampan yang berdaya saing.

“Saya akhiri sesi intervensi dengan menyeru agar COP30 di Belém, Brazil menjadi detik peralihan sebenar daripada retorik kepada pelaksanaan. Keadilan iklim bukan hanya tentang niat, tetapi tentang bagaimana kita mengagih modal, mengurus risiko dan memikul tanggungjawab secara kolektif. Masa untuk berhujah telah berakhir,” katanya.

Tegasnya, kini adalah masa untuk bertindak dengan berani serta dalam skala yang mampu menyelamatkan masa depan bersama.

Di pentas sidang itu, Anwar menegaskan kesihatan global, keadilan iklim dan pembiayaan mampan bukan isu terpisah tetapi saling berhubung kait yang menuntut pendekatan bersepadu holistik, berskala besar dan berteraskan keadilan.

“Malaysia menyambut baik pelancaran ‘BRICS Partnership for the Elimination of Socially Determined Diseases’ yang mencerminkan pengiktirafan bahawa usaha menangani penyakit tidak akan berjaya tanpa menangani ketidaksaksamaan sosial dan kemiskinan struktural di peringkat akar umbi.

“Saya turut menegaskan bahawa akses saksama kepada vaksin, sistem kesihatan awam yang berdaya tahan serta kawal selia rantaian bekalan ubat global adalah isu keselamatan antarabangsa, bukan sekadar agenda kesihatan.

“Kegagalan dalam perkara ini boleh mencetuskan ketidaktentuan serantau dan mengancam pembangunan mampan sejagat,” katanya.

Sepanjang sidang tersebut berlangsung, Anwar berkesempatan bertemu Presiden Indonesia, Presiden Chile, Premier China, Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan, Menteri Luar Rusia, Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Menteri Luar Iran.

Pertemuan itu dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan kesemua negara tersebut.

Kerangka Mengenai Pembiayaan Iklim BRICS

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.