nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Belanjawan 2026 tumpu 3 tonggak Ekonomi MADANI

8 OGOS : Belanjawan 2026 akan menumpu kepada tiga tonggak ekonomi MADANI iaitu menaikkan siling pertumbuhan negara, menaikkan lantai taraf hidup rakyat dan memacu permbaharuan.

Kementerian Kewangan memaklumkan belanjawan itu juga merupakan belanjawan pertama di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

“Belanjawan 2026 akan terus memacu pendekatan berasaskan akar umbi dan berorientasikan rakyat, yang meletakkan keperluan komuniti sebagai nadi dasar awam.

“Program seperti Sejati MADANI, Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasa komuniti setempat melalui pengagihan sumber berdasarkan keutamaan di peringkat lapangan.

“Dalam merangka Belanjawan 2026, kerajaan akan terus menggunakan pendekatan ini dengan mendapatkan maklum balas secara aktif daripada rakyat, perniagaan dan pihak berkepentingan bagi memastikan dasar nasional adalah selari dengan realiti semasa,” kata MOF dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, reformasi sektor awam akan dipacu dalam memperkukuh tadbir urus, mempertingkat penyampaian perkhidmatan dan menjamin kemampanan fiskal.

“Antaranya, memodenkan perkhidmatan awam, memperkenal kerangka dan perundangan yang meningkatkan prestasi perkhidmatan awam serta memperkukuh prinsip integriti dan tadbir urus beretika.

“Reformasi ini disokong komitmen untuk mengoptimumkan sumber awam, meminimumkan ketirisan dan memastikan bantuan disalurkan dengan lebih berkesan kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Sementara itu, dalam meningkatkan piawaian tadbir urus negara, Belanjawan 2026 dirangka melalui pembaharuan sedia ada di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal dan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.

“Usaha ini diperkukuh melalui pengenalan rang undang-undang utama termasuk Akta Perolehan Kerajaan, Akta State-Owned Enterprises, Akta Ombudsman dan Akta Kebebasan Maklumat bagi memperkukuh ketelusan, mengurangkan ketirisan sumber awam serta memulihkan keyakinan pasaran dan kepercayaan rakyat terhadap institusi negara.

Selain itu kata MOF, kerajaan juga sedang rancak mendigitalkan sektor awam bagi mengoptimum kutipan hasil, mengurangkan ketirisan dan memperbaik penyampaian program.

“Ini termasuk penggunaan teknologi seperti Al, analitik data raya dan automasi untuk mengesan ketidakpatuhan cukai yang kini diguna pakai agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang menggunakan Al untuk penguatkuasaan yang lebih cekap,” katanya.

Kata MOF lagi, menaikkan siling bagi melonjakkan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, berdaya saing dan mampan berteraskan nilai kemanusiaan dan keadilan sosial.

Dalam pada itu, kementerian menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar sederhana tahun depan meski berdepan ketidakpastian perdagangan global yang semakin meningkat dan permintaan luaran yang perlahan.

Kementerian Kewangan berkata pertumbuhan didorong permintaan domestik yang berdaya tahan terutamanya melalui pelaburan swasta, pekerjaan yang stabil dan langkah peningkatan pendapatan seperti bantuan tunai bersasar dan kenaikan gaji.

“Sektor pelancongan yang digerakkan Tahun Melawat Malaysia 2026 juga dijangka menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan.

“Dalam konteks ini, Belanjawan 2026 akan mengutamakan pengukuhan sumber pertumbuhan domestik, kepelbagaian pasaran eksport dan meluaskan peluang pendapatan isi rumah.

“Pelaburan awam dipertingkat melalui projek-projek strategik di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dan peningkatan pelaburan langsung domestik (DDI) oleh Syarikat-Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) melalui program GEAR-uP sekali gus mengukuhkan asas bagi daya tahan ekonomi yang inklusif dan mampan,” katanya.

*FOTO : PEJABAT PERDANA MENTERI MALAYSIA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.