nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

MCMC berjaya kesan pakar patologi, keterangan dirakam

19 OGOS : Individu menyamar sebagai pakar patologi yang mendakwa terlibat dalam proses bedah siasat Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13 berjaya dikesan.

Lelaki itu menggunakan akaun TikTok ‘Dato’ Prof Dr. Tunku Iskandar’ dan disahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa suspek bukan seorang pakar patologi seperti didakwa.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan suspek dikesan berdekatan kawasan Kota Damansara lewat malam semalam hasil maklumat daripada rakaman keterangan dua individu lain yang turut bersama dalam sesi ‘TikTok Live’ akaun tersebut.

“Suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk proses rakaman keterangan.

“Peralatan komunikasi miliknya turut dirampas bagi tujuan analisis siasatan lanjut,” kata Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular kenyataan seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai doktor bedah yang terlibat dalam proses bedah siasat terhadap ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu itu.

Melalui siaran langsung di TikTok, lelaki itu memberi gambaran berbaur konklusi seolah-olah mangsa terjun sendiri dari bangunan sekolah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Menurut MCMCM, Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

“Jika disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta 588, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kes ini juga disiasat Polis Diraja Malaysia di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta 588.

Dalam pada itu, MCMC menegaskan sebarang penyebaran maklumat palsu khususnya yang melibatkan isu sensitif berkaitan kematian, tragedi atau mangsa nahas adalah satu kesalahan serius yang boleh menyinggung perasaan keluarga, mengelirukan masyarakat serta mengganggu proses siasatan pihak berkuasa.

Pada 16 Julai lalu, Zara ditemui parah dan tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya selepas dikatakan terjatuh dari tingkat tiga.

Allahyarham kemudiannya disahkan meninggal dunia jam 11 pagi di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu, keesokan harinya.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.