9 SEPT : Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, dijatuhkan hukuman penjara setahun hari ini.
Keputusan itu dibuat Mahkamah Agung Thailand dan polis diarah segera menahan Thaksin, lapor Reuters.
Memetik laporan itu, keputusan dibuat selepas mahkamah tidak mengambil kira penahanan Thaksin di hospital pada 2023 sebagai hukuman ekoran ia tidak dijalankan mengikut prosedur sah.
Thaksin menjadi Perdana Menteri Thailand pada 2001 sebelum diguling pada 2005 melalui rampasan kuasa tentera dan memilih hidup dalam buangan.
Namun beliau kembali ke Thailand pada Ogos 2023 dan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.
Namun, selepas hanya beberapa jam di penjara, Thaksin dipindahkan ke Hospital Polis Bangkok selepas mengadu sakit jantung dan dada.
Raja Thailand kemudiannya meringankan hukumannya kepada setahun penjara dan Thaksin dibebaskan bersyarat selepas enam bulan.