19 SEPT : Barisan Kabinet baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul mendapat perkenan Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn.
Perkara itu disahkan melalui satu titah diraja yang dikeluarkan hari ini.
Menurut Warta Diraja rasmi, Raja Thailand melantik 36 anggota Kabinet yang dipilih Anutin.
Ini termasuk enam timbalan perdana menteri serta beberapa menteri lain.
Selain Perdana Menteri, Anutin turut memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.
Kerajaan campuran Thailand yang baharu itu dipimpin Parti Bhumjaithai.
Barisan Kabinet baharu ini akan mengangkat sumpah di hadapan Raja Thailand sebelum boleh memulakan tugas secara rasmi.