27 OKT : Serangan udara Israel ke atas Gaza selepas pemetraian gencatan senjata disifatkan tidak melanggar perjanjian itu.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio berkata serangan itu menyasarkan seorang anggota kumpulan Jihad Islam yang didakwa sedang merancang serangan ke atas tentera Israel.
“Kami tidak melihat tindakan itu sebagai pelanggaran gencatan senjata,” katanya.
Rubio berkata demikian semasa dalam perjalanan ke Asia bersama Presiden AS, Donald Trump.
Serangan itu berlaku hanya beberapa hari selepas kumpulan pejuang Hamas memenuhi perjanjian tersebut dengan membebaskan baki tebusan yang masih hidup.
Rejim zionis itu mendakwa individu berkenaan ancaman segera namun Jihad Islam menafikan dakwaan tersebut.
Dalam pada itu, Rubio menegaskan sekutunya itu tidak melepaskan hak untuk mempertahankan diri meski sudah bersetuju dengan gencatan senjata.