nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Perjanjian ART bukti kematangan rundingan ekonomi Malaysia

30 OKT : Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini menandakan satu langkah penting dalam hubungan perdagangan kedua-dua negara untuk menjadi landasan bagi rundingan ekonomi dua hala yang lebih teratur dan strategik.

Ia juga menunjukkan Malaysia mampu berunding secara matang dan strategik demi kepentingan ekonomi negara tanpa menjejaskan kedaulatan dan dasar industri strategik.

Walaupun terdapat pihak yang mempersoalkan langkah ini dan melihat Malaysia seolah-olah tunduk kepada tekanan AS, kenyataan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada Rabu menjelaskan bahawa Perjanjian ART dirangka sepenuhnya berdasarkan prinsip timbal balik, kesaksamaan dan perlindungan terhadap kepentingan negara.

Beliau menekankan perjanjian itu turut menyentuh kepentingan jutaan rakyat yang bergantung kepada pekerjaan di pelbagai sektor, justeru kerajaan perlu bertindak tegas dan cepat bagi mempertahankan hak negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya di Dewan Rakyat pada Khamis juga menegaskan perjanjian ini mempunyai klausa yang membolehkan Malaysia menamatkan atau menarik diri secara sah.

Anwar turut menjelaskan jemaah menteri menekankan perkara ini secara serius untuk memastikan Malaysia tidak terikat secara tidak adil dalam kerangka perdagangan dua hala dan peruntukan ‘exit clause’ memberi jaminan kepentingan negara tetap dilindungi.

Data MITI menunjukkan nilai perdagangan dua hala Malaysia-AS pada tahun 2024 berjumlah RM325 bilion dengan eksport Malaysia ke AS sebanyak RM198.65 bilion manakala import daripada AS berjumlah RM126.3 bilion.

Ini menunjukkan lebihan perdagangan yang menguntungkan Malaysia dan menekankan kepentingan strategik hubungan ini terhadap ekonomi negara.

Perjanjian ART turut merangkumi pengurangan tarif dan penyelarasan halangan bukan tarif bagi barangan tertentu termasuk sektor elektrik dan elektronik, getah, peranti perubatan dan produk halal yang berpotensi meningkatkan daya saing eksport Malaysia.

Kedua-dua negara juga bersetuju menangani halangan bukan tarif seperti kuota, piawaian teknikal dan prosedur kastam bagi memudahkan aliran perdagangan tanpa menjejaskan peraturan domestik masing-masing.

Ia menunjukkan perjanjian itu membolehkan kedua-dua negara mengurus halangan bukan tarif secara bersama.

Perjanjian ART turut menekankan kerjasama dalam perdagangan digital dan aliran data rentas sempadan termasuk teknologi maklumat dan keselamatan siber serta memupuk standard yang sejajar dengan amalan antarabangsa, sementara Malaysia mengekalkan hak penuh terhadap sumber asli dan dasar industri strategik tanpa sebarang klausa yang memaksa perubahan dasar negara.

Kehadiran Presiden AS, Donald Trump ke Malaysia untuk memeterai Perjanjian ART dilihat memberi impak positif kerana ia menunjukkan komitmen AS terhadap perjanjian ini selain meningkatkan keyakinan pelabur dan syarikat multinasional untuk melabur atau memperluaskan operasi mereka di Malaysia.

Selain itu, ia juga mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai rakan strategik yang serius di peringkat antarabangsa.

Kedatangan Trump ke Malaysia turut menambah nilai diplomatik kepada perjanjian ini kerana ia menunjukkan penghargaan pihak AS terhadap kerjasama dua hala dan memudahkan Malaysia untuk menjalankan rundingan pada masa depan.

Ia juga memberi peluang kepada negara untuk mengukuhkan hubungan perdagangan yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Secara keseluruhan, Perjanjian ART membuktikan Malaysia bukan sekadar penerima dasar global tetapi rakan strategik yang mampu berunding secara profesional.

Dengan termeterainya perjanjian ini, ia membuktikan negara ini mampu berada di meja rundingan dengan kuasa ekonomi dunia di samping mengekalkan kepentingan negara, keupayaan tawar-menawar dan perlindungan terhadap dasar strategik.

Keupayaan Malaysia berunding dalam Perjanjian ART juga memperlihatkan kematangan rundingan ekonomi negara diukur melalui keputusan yang memberi manfaat sebenar kepada rakyat dan ekonomi dan kehadiran Trump sendiri menambah kredibiliti dan kepercayaan terhadap perjanjian yang dimeterai.

OLEH: AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.